[ABIM DAN PAS DALAM GERAKAN DAKWAH ISLAM DI MALAYSIA]
oleh: Badlihisham Mohd Nasir
terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Saya rasa saya tidak akan mampu untuk memahami sebahagian besar buku ini jika tidak pernah duduk sekali dengan kedua-dua gerakan dakwah lagenda ini. Kesempatan yang diizinkan Tuhan untuk berkenalan dengan sahabat2 dalam PAS dan ABIM amat membantu untuk saya menggarap sebahagian besar apa yang telah disampaikan oleh penulis.
Menyelak helaian demi helaian buku ini seolah-olah membawa kita menyoroti sejarah dan dinamisme dakwah yang dipelopori PAS dan ABIM, tidak ketinggalan tabligh dan al-Arqam. Sebagai orang yang masih mentah dalam arena ini, saya kira bahan bacaan seperti ini perlu dihadam sebaiknya supaya alasan2 seperti ikut usrah sebab naqibah, ikut kawan ataupun untuk sekadar mengisi masa lapang dapat ditukarkan kepada suatu sebab yang lebih konkrit dan realistik yang lahir melalui kesedaran daripada dalam diri sendiri.
ABIM dan PAS sudah melalui pelbagai pengalaman yang rencam dan keduanya masih konsisten sehingga sekarang dalam lapangan dakwah negara. Masing2 ada sumbangan tersendiri dalam agenda ini. Namun di sini saya hanya menulis secara ringkas mengenai ABIM.
ABIM
Kekuatannya banyak didasari oleh ketokohan ahli2, ideologue dan para simpatisannya. Boleh dikatakan mereka inilah generasi pencetus dan penjana idea kepada institusi2 besar seperti UIAM, YaPEIM, islamisasi sistem perbankkan dan banyak lagi. ABIM di saat awal penubuhannya popular dengan pendekatan yang agak radikal. Mereka menentang ketidakadilan yang dilakukan kerajaan, mengangkat isu2 kemiskinan dan menghalang budaya tidak sihat yang cuba diserapkan ke dalam kampus2 di tanah air. Dan semua gerakan ini banyak dikepalai oleh Anwar Ibrahim.
ABIM telah melalui jatuh bangunnya yang tersendiri. Penggerak2nya sendiri telah mengalami konflik apabila Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk masuk UMNO dengan sebab mahu memperbaiki sistem daripada dalam. Kebanyakan daripada mereka kecewa lalu menyertai PAS dan IRC. Tidak lama selepas itu ABIM sedikit demi sedikit mengubah pendekatannya daripada radikal kepada mesra kerajaan. Mereka memanfaatkan setiap ruang2 yang diberi kerajaan untuk dakwah. Sehingga ada yang mengatakan ABIM makin tidak jelas pendiriannya kerana gerakan dakwah ketika itu selalunya sinonim dengan pendekatan anti kerajaan.
Dalam masa yang sama, infiltrasi ahli ABIM juga berlaku sangat rancak pada waktu itu sehingga ada pihak yang tergugat dan mengeluarkan kenyataan bahawa proses pengabiman perlu dihentikan. Keupayaaan dan penguasaan ahli ABIM sebagai think-thank kepada beberapa institusi dilihat sangat ketara waktu itu termasuklah dalam politik. Young Turk yang dahulunya memimpin PAS juga lahir daripada perut ABIM.
Namun Dato' Siddiq Fadzil yang bertanggungjawab mengemudi ABIM ketika itu menegaskan bahawa,
"ABIM ialah sebuah Harakah Islamiyyah yang mandiri dan independent, sebuah wadah yang mempunyai manhaj dan programnya sendiri dalam memperjuangkan cita-cita Islamiahnya, ABIM bukan wadah sementara, bukan wadah transit dan bukan wadah pembekal tenaga kepada mana-mana wadah lain."
ABIM masih kekal sebagai non- partisan tetapi tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai politik.
Selain itu, generasi awal ABIM juga telah membawa satu fenomena besar kepada negara iatu pembudayaan ilmu.
Mereka lah yang mula-mula mengangkat dan memperkenalkan tokoh2 ilmuwan luar negara. Seterusnya, melipat gandakan usaha penterjemahan karya2 besar tokoh tersebut untuk disebar luas kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka sendiri mampu untuk menghasilkan beberapa karya2 bertaraf tinggi yang sehingga kini terus dinikmati golongan muda ABIM. Cita-cita ABIM untuk membuat perubahan pada masyarakat dimulakan dengan ilmu. Mereka memberi pencerahan demi pencerahan. Antaranya melalui pusat2 pendidikan yang dibina, wacana semasa, engagement antarabangsa dll.
Metod dan formula dakwah berhikmah yang diperkenalkan ABIM ini disenangi pelbagai pihak. Ini menjadikan ia kekal relevan sebagai sebuah gerakan islam yang kompeten sehingga kini.
"Jika ada kepingan impian atau serpihan memori silam sematkan dalam satu lipatan kerana semua itu ialah sumbu kepada sebuah harapan"
The Legends~
Friday, 22 April 2016
Bumi yang tak pernah sama dengan bumi yang lain.
Saya percaya, sesiapa pun yang pernah merasa pahit dan susah ketika di bumi ini tidak akan dapat menanggalkan memori itu daripada ingatannya.
Malah kadang2 semua perkara di sekelilingnya seolah-olah mahu dibandingkan dengan pengalamannya di bumi ini, supaya dapat diingat kembali apakah akhlak2 orang yang membawa alquran. Dan bagaimana kita mahu bersikap dengan masalah2 yang berada di depan sebagai orang yang memegang alquran.
Apa khabar agaknya keadaan di sana?
Tujuan tulisan ini, sekadar hanya mahu mencoret satu dua perkara yang menjadi kebanggaan manusia2 di sana. Sudah hilang atau masih wujud, hanya mereka yang di sana boleh lebih mengetahuinya.
Mungkin di sini saya perlu ucapkan terima kasih khasnya kepada kakak2 generasi 14. Tarbiyah yang pernah sebahagian daripada mereka kata gagal kepada kami itu sebenarnya masih membekas dalam diri. Masih saya jadikan panduan dalam beberapa perkara.
Semoga mereka mendapat sebaik-baik ganjaran.
Suka untuk dikongsikan beberapa perkara yang sempat saya rasai,
Pertama, pagi yang nikmat.
Boleh katakan setiap pagi akan ada yang mengetuk pintu. Jam 5 pagi(mungkin lebih awal) akan ada lampu2 bilik yang sudah bercahaya, suara orang mengaji bergaung di koridor. Bila azan subuh, berpusu-pusu ke masjid walaupun kadang2 hanya sempat sujud terakhir bersama imam. Masih begitu kah agaknya?
Keduanya, ikhtilat.
Tulisan penuh, bertitik satu, tiada smiley, larangan interaksi selepas jam 12 pagi. Semua itu perkara baru yang saya belajar di sana. Perkara ini sering diulang-ulang. Apatah lagi bab gambar-bergambar. Saya berlepas diri.
Seterusnya, pakain.
Bagi menghormati waqi' di sana pelajar perempuan hanya dibenarkan berjubah dan tudung labuh. Jadi begitulah juga jika kami keluar ke pasar malam atau pekan KKB dan kadang2 sampai ke jalan TAR,Midvalley,Kinokuniya walaupun di dalam peraturan tidaklah mewajibkan sebegitu.
Argh.. terlalu banyak benda lagi sebenarnya.
Budaya 'rencam'
Adab
Mastato'tum
Hanya satu saja daripada semua itu, hanya ingin ingatkan diri sendiri akan penting istiqomah dengan hafalan alquran dan sifat2 seorang pembawa alquran.
Semakin hari semakin saya rasa gagal memenuhinya.
Jauh sama sekali saya mahu samakan konsep ikhtilat atau pakain di sana harus disamakan sebulat-bulatnya dengan keadaan saya sekarang. Kerana masing2 perlu memenuhi tuntutan muamalat dan situasi semasa. Tetapi asas kepada perkara2 itu yang perlu dijaga.
Bagi adik2 yang masih disana jagalah biah yang baik itu. Berpuas-puaslah dengan nikmat itu, kalian bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menjaganya. Demi generasi seterusnya.
Jangan suatu hari nanti sudah tiada apa lagi yang boleh dibanggakan dengan bumi Darul Quran.
Semua orang akan diuji dengan apa kata2nya. Saya berlindung diri daripada kegagalan menempuhinya.
Apa khabar mereka di sana?
Allahummarhamna bil quran.

Subscribe to:
Comments (Atom)