The Legends~

Friday, 22 April 2016

Bumi yang tak pernah sama dengan bumi yang lain.

Saya percaya, sesiapa pun yang pernah merasa pahit dan susah ketika di bumi ini tidak akan dapat menanggalkan memori itu daripada ingatannya.

Malah kadang2 semua perkara di sekelilingnya seolah-olah mahu dibandingkan dengan pengalamannya di bumi ini, supaya dapat diingat kembali apakah akhlak2 orang yang membawa alquran. Dan bagaimana kita mahu bersikap dengan masalah2  yang berada di depan sebagai orang yang memegang alquran.

Apa khabar agaknya keadaan di sana?

Tujuan tulisan ini, sekadar hanya mahu mencoret satu dua perkara yang menjadi kebanggaan manusia2 di sana. Sudah hilang atau masih wujud, hanya mereka yang di sana boleh lebih mengetahuinya.

Mungkin di sini saya perlu ucapkan terima kasih khasnya kepada kakak2 generasi 14. Tarbiyah yang pernah sebahagian daripada mereka  kata gagal kepada kami itu sebenarnya masih membekas dalam diri. Masih saya jadikan panduan dalam beberapa perkara.

Semoga mereka mendapat sebaik-baik ganjaran.

Suka untuk dikongsikan beberapa perkara yang sempat saya rasai,

Pertama, pagi yang nikmat.

Boleh katakan setiap pagi akan ada yang mengetuk  pintu. Jam 5 pagi(mungkin lebih awal) akan ada lampu2 bilik yang sudah bercahaya, suara orang mengaji bergaung di koridor. Bila azan subuh, berpusu-pusu ke masjid walaupun kadang2 hanya sempat sujud terakhir bersama imam. Masih begitu kah agaknya?

Keduanya, ikhtilat.

Tulisan penuh, bertitik satu, tiada smiley, larangan interaksi selepas jam 12 pagi. Semua itu perkara baru yang saya belajar di sana. Perkara ini sering diulang-ulang. Apatah lagi bab gambar-bergambar. Saya berlepas diri.

Seterusnya, pakain.

Bagi menghormati waqi' di sana pelajar perempuan hanya dibenarkan berjubah dan tudung labuh. Jadi begitulah juga jika kami keluar ke pasar malam atau pekan KKB dan kadang2 sampai ke jalan TAR,Midvalley,Kinokuniya walaupun di dalam peraturan tidaklah mewajibkan sebegitu.


Argh.. terlalu banyak benda lagi sebenarnya.

Budaya 'rencam'

Adab

Mastato'tum

Hanya satu saja daripada semua itu, hanya ingin ingatkan diri sendiri akan penting istiqomah dengan hafalan alquran dan sifat2 seorang pembawa alquran.

Semakin hari semakin saya rasa gagal memenuhinya.

Jauh sama sekali saya mahu samakan konsep ikhtilat atau pakain di sana harus disamakan sebulat-bulatnya dengan keadaan saya sekarang. Kerana masing2 perlu memenuhi tuntutan muamalat dan situasi semasa. Tetapi asas kepada perkara2 itu yang perlu dijaga.

Bagi adik2 yang masih disana jagalah biah yang baik itu. Berpuas-puaslah dengan nikmat itu, kalian bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menjaganya. Demi generasi seterusnya.

Jangan suatu hari nanti sudah tiada apa lagi yang boleh dibanggakan dengan bumi Darul Quran.

Semua orang akan diuji dengan apa kata2nya. Saya berlindung diri daripada kegagalan menempuhinya.

Apa khabar mereka di sana?

Allahummarhamna bil quran.


No comments:

Post a Comment