LA ADRI (ZAHIRUDDIN ZABIDI)
*penulis merupakan salah seorang panel INSIDE.
"Ilmu itu ada tiga bahagian:Kitab yang berbicara,Sunah yang berdiri tegak dan la adri(aku tidak tahu)"
Merupakan buku terbitan Dubook Press yang sinonim dengan buku2 radikal dalam kalangan anak muda yang inginkan idea2 kritikal.Tajuk yang 'cathy' dan mempunyai kompilasi artikel2 pendek yang membawa mesej berlainan.Kebanyakan artikel yang penulis cuba tuangkan adalah berkisar tentang tazkiyatun nafs(pembersihan jiwa),agenda mahasiswa,cinta,sirah,maqasid dan banyak lagi.
Penulis sering kali membawa pembaca untuk berfikiran tajdid dan sensitif terhadap segenap norma masyarakat.tidak cukup dengan itu,cabaran dan harapan sering dilontarkan kepada pembaca agar menjadi insan yang mendokong agenda perubahan ke arah kebaikan.
Petikan artikel terakhir(la adri),
*paling menarik bagi ana
Ulama ada dua golongan,yang pertama ulama dunya(suuk) dan kedua ulama akhirah.yang pertama menggunakan agama utk habuan wang ringgit,pangkat,anugerah dan selalu mendampingi penguasa.mereka sanggup mengeluarkan fatwa demi mengeluarkan fatwa.yang kedua tidak tergesa gesa dalam mengeluarkan fatwa.mereka berdiri teguh dan sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa.
***
Jesteru,wajarlah kita sebagai orang islam megambil iktibar daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan harian kita.janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidak berilmu.setiap persoalan khususnya mengenai agama dan hukum hakamnya mesti dijawab dengan berhati hati agar tidak berlaku penambahan atau pengurangan dan jika tidak tahu maka jawab shaja,"La Adri"
#ulasanbuku3
#roadtocfsiium
#5daysmore
No comments:
Post a Comment