The Legends~

Saturday, 7 November 2015

DARI DILEMA MENGATUR GERAK.

Pesanan awal,coretan ini bukan berbentuk ilmiah,ia hanya sekadar bebelan dan luahan daripada seorang perempuan biasa.

"Membangun untuk membumikan."

Ada beberapa orang sahabat disini menegur dan  bertanya  tentang maksud ayat tersebut memandangkan saya jadikan ia sebagai status di salah satu laman sosial.Seperti biasa,saya akan mengambil sedikit masa untuk menjawabnya walaupun otak sudah bersedia untuk menghulurkan jawapan dan pandangan(memang habitnya begitu.hehe).Ia cuma tercetus setelah mengalami beberapa fasa yang memerlukan saya untuk membuat pilihan besar(baca:dilema atau bahasa masyhur di DQ ialah taradud).Pilihan-pilihan ini menyebabkan saya  tanpa sedar menjadi seorang yang semakin berani,saya cuba bertanya kepada orang yang ahli dan juga pada orang yang saya sudah arif bakal mengkritik dan memberi tentangan.Dan proses memilih itu memang menyakitkan.

Mungkin boleh dikongsikan salah satu pilihan yang dialami,iatu semasa ingin membuat keputusan mahu meneruskan langkah ke UIAM atau ke AZHAR.Persepsi demi persepsi mengikut kecenderungan telah terbina saat perbincangan dan proses timbang tara dilakukan.Tidak dilupakan sebagai muslim sudah pasti tiada tempat yang lebih tinggi untuk kita minta dorongan selain daripada tuhan yang-ESA.Berbekalkan keyakinan dan persepsi2 itulah saya memilih untuk berada di tempat sekarang.Ternyata persepsi2 itu tidak rigid.Kita berhak dan berkuasa untuk merobahnya kepada satu daya yang lebih hebat seperti yang pernah dialakukan oleh si anak kecil Gitta Sassa dalam buku Surat Kecil Untuk Tuhan.Gadis berumur 13 tahun ini mengalami kanser ganas paling mematikan di dunia dan dia memilih untuk menjalani rawatan kemotrapi yang akan memberi kesan2 sampingan yang besar pada batang tubuhnya.Dia memilih untuk tidak menyerah kalah walaupun saat dia memilih itu dia sudah berada di kemuncak kekecewaan dan putus asa.Berkat kecekalannya dia beransur pulih dan boleh bersekolah kembali seperti biasa walaupun selepas itu berlaku beberapa serangan kanser lagi(semoga ALLAH memberkahinya).

Pilihan-pilihan yang mempunyai keyakinan tertinggi itu perlu kita bangunkan dengan gerak-gerak yang terancang.Gerak yang diberi nafas hamassah dan himmah yang tinggi menjulang kerana hakikatnya kita perlu membumikan pilihan itu supaya manfaatnya boleh diberikan sesama makhluk tuhan yang lain.Jangan hanya pandai beretorik dan memuntahkan kata-kata tanpa pemanifestasian kerana orang-orang sebegitu sudah ramai jangan ditambah lagi bilangannya.Jangan takut salah kerana salah akan menambah pengalaman baru dan cari jalan benar pada langkah kedua.Saya memikirkan hidup perlu sentiasa disibukkan kerana saya percaya orang yang bersenang-senang pada hari tuanya akan mendapat segunung penyesalan.

Sudah dijangka tempoh di sini saya akan mengalami keterbatasan(minat,duit,pergerakan dll) namun ternyata pada masa yang sama saya menemui pintu-pintu lain yang boleh dimanfaatkan semaksimumnya.Pola pemikiran kita menentukan bagaimana mahu bersikap dengan circle circumference masing2 dan perkara tersebut perlu dilakukan dengan bijak.Menurut Hamid Algar kebanyakan cendekiawan dan tokoh-tokoh yang ditangkap menganggap penjara sebagai 'the opportunity  to reflect on past struggles,to review theories and strategies,to deepen and sharpen their insight,to plan and reorganize".Said Nursi sendiri telah menganggap penjara sebagai 'Sekolah Yusuf' ketika ditahan di bawah pemerintahan Pro Kamal Atartuk.Tiada yang mustahil.

Tempoh berehat selama satu tahun setengah di bumi barakah saya diizinkan untuk untuk berkenalan dengan sahabat dan senior yang majoritinya bakal mengisi ruang2 koperat dan profesional negara dan sekarang saya dikelilingi dengan sahabat2 yang bakal menggantikan para asatizah negara.Sedikit perbezaan yang dirasai itu saya telan pelan-pelan.Sudah banyak yang saya belajar daripada mereka yang dulu dan sekarang.Setebal manapun rindu pada yang lama,saya cuba jadikan ia rindu yang menggerakkan bukan yang melumpuhkan.Jadikan pilihan-pilihan dalam hidup itu suatu momentum yang berguna.Selamat memilih!

8/11/2015

No comments:

Post a Comment