The Legends~

Tuesday, 29 March 2016


MESIR TANPA DIA

Rak tiga tingkat yang sebelum ini dipenuhi debu halus padang sahara kini sudah penuh terisi buku-buku yang dibawanya dari tanah air. Dua beg bagasi miliknya juga sudah memuntahkan isinya. Perjalanan hampir 14 jam dalam perut kapal terbang ditempuhi dengan tenang. Kini,hanya tinggal masanya untuk merencanakan perjalanan hidup selama 5 tahun di ardul kinanah ini.

Dia menyelak daun tingkap,baki angin musim bunga mengelus pipinya. Warna koko menguasai retina matanya.Diamatinya banggunan-banggunan seperti kotak-kotak disusun rapat yang menghiasi pemandangan di luar tingkap.Tiba-tiba fikirannya  melayang jauh, sejauh hamparan bumi dan bumbungan langit.

                                                      ***

"Huda, saya ada beli banyak serunding daging. Awak tak payah beli lagi ya, minta saja kalau teringin disana nanti," ujar Amirah sambil memetia wajah Huda.

"Ok,terima kasih sayang." Huda tersenyum hingga ke telinga.

Mereka berdua bersahabat sejak kecil. Banyak suka duka telah diharungi bersama. Tatkala Amirah ditahan hospital selama sebulan akibat demam panas, Hudalah yang setia menemaninya saban malam. Ketika Huda putus harapan untuk terus hidup kerana kematian ibunya beberapa tahun lalu, Amirahlah yang mengikat kembali tali harapan sehingga dia hari ini mampu berdiri semula.

Kini, mereka bakal berangkat seiring ke tempat baru. Tempat di mana insan-insan yang dahagakan ilmu sanggup bermusafir jauh demi menghirup lautan pengetahuan di sana.

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum tarikh penerbangan. Semua persiapan sudah menghampiri titik kesempurnaan. Hari ini hari terakhir mereka keluar ke bandar untuk melangsaikan beberapa urusan. Selepas ini mereka perlu menumpukan perhatian kepada misi memburu lailatul qadar memandangkan mereka akan berangkat hanya beberapa hari selepas Syawal menjelma.

"Huda nah,ambillah hadiah ni."Amirah menghulurkan sebuah objek terbalut kemas dengan kertas bewarna putih.

"Eh awak ni,kenapa tiba-tiba bagi hadiah ni? hari ni bukan hari lahir saya pun",dia menyoal penuh kehairanan.

"Saja, dah lama nak bagi sebenarnya. Cuma baru sekarang saya rasa waktu yang paling sesuai,buka ya nanti." Amirah menutur sambil memandang Huda dengan pandangan yang dalam.

"Terima kasih sahabat." Huda memaksa dirinya untuk senyum walaupun keanehan melanda kotak fikirannya.

                                                    ***

"Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. Lailahaillallahu wallahu akbar. Allahu akbar wa lillahilham."

Takbir raya mendayu-dayu kedengaran melalui corong pembesar suara di masjid-masjid seluruh dunia hari ini.

Hujan gerimis yang turun seolah olah menemani kegalaun di hati Huda.Raya terakhir di tanah air tercinta sebelum bergelar perantaun sepatutnya disambut dengan penuh makna. Namun berita semalam tidak mampu untuk dia menahan empangan air mata daripada tumpah keluar. Harus dia terima takdir bahawa sahabatnya sudah pergi menyeru panggilan tuhan.Sakit kanser hatiya kembali menyerang dan merenggut jiwa halus itu.

Tiba-tiba dia teringat akan bungkusan putih yang diberikan sahabat dunia akhiratnya itu, dengan pantas dia mendapatkan bungkusan tersebut dan membukanya. Terdapat buku "Dalam Dekapan Ukhuwwah", karya Salim A. Fillah dan juga terselit didalamnya sepucuk surat. Dia amat kenal tulisan tangan itu dan dia amat merindui empunya tulisan itu.

                                                     ***

 Bismillahirrahmanirrahim

Saat kamu membaca ni,aku sudah hampir mengalirkan air mata tapi belum melaju kerana fikirkan yang kita akan berpisah jauh. Maafkan diri ini, kerana akan ke sana dulu teman dan tidak menemanimu.Tinggalkanmu disini.

Huda, ukhuwah yg terjalin tidak dapat diukur dgn waktu. Aku amat menyayangimu.
Oh,jangan ditanya banyak mana. Melihat wajahmu cukup membuatkan diri ini tersenyum. Entah,apa ajaibnya kamu,aku juga tak dapat cerita. Aku rasa auramu sahabat sudah cukup menyejukkan hati.

Maka benarlah,sentuhan sahabat itu magis ukhuwah.

Sahabatku Huda,tidak cukup dengan kata-kata untuk aku gambarkan bahawasanya dirimu melengkapi diri.

Baiklah,air mata jatuh sudah.

Wahai pengembara yang ghairahkan ilmu,moga kau selamat sampai di daerah cintamu,Mesir.Kudoa agar kau bisa kutip semangat anbiya' dalam menuntut ilmu. Menjadi ilmuwan yg berbakti kepada masyarakat. Menjadi anak yang mmbawa ke syurga kerana kau sudahpun hampir ke jalan jihad. Menjadi sahabat yang menggegar jiwa pemuda pemudi akan kehadiranmu.

Sahabatku, aku hormati dirimu. Sayangi dirimu. Cintai kamu. Ku doakan dirimu sejahtera dimana pun kau berada kerana doa antara sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, tiada hijab.

Akhir kalam,aku minta maaf atas segala yang mengguris hati kamu.Selamat bergerak teman.Tawanlah Mesir dengan kuasai sejarahnya.Supaya nanti,kau dapat dapar khabarkan aku sejarah yang kita warisinya.

Fi hifzillah sahabat.

Yang menyayangimu,
 Amirah
   
                                                     ***

Kenangan bersamamu tidak akan aku sia-siakan. Cita-cita kita akan aku bumikan meski kamu telah mendahuluiku ke alam sana. Ketahuilah namamu sentiasa berada dalam doaku setiap hari.

Bumi ilmu ini akan ku tawan. Mencoret kebangkitan islam buat kali kedua.

No comments:

Post a Comment