PESAN MAK LONG.
Boleh dikatakan Mak Long antara veteran yang 'one in a million'. Ceritanya semalam,semua pakat ditikam habis-habisan. Keberadaan sosok kecil ni memang rugi kalau kita tak pergi menadah ilmu dan pengalaman sebanyaknya.
Mak Long bertanya kepada kami semua, apa fungsi kamu?dan apa yang sedang diperjuangkan? Cuba ceghita sikit (mak long guna loghat Kedah)
Kami memberi laluan orang yang paling berautoriti untuk menjawab dan jawapan diberi dengan yakinnya di samping menceritakan beberapa masalah yang dihadapi disini.Mak long memulakan provokasinya dengan mempamerkan muka hairan.Dia pelik kenapa kami fokusnya hanya untuk perkara sekecil itu. Tengah2 mak long bercakap aku ada membuat beberapa cubaan untuk mencelah kerana aku fikir mak long mungkin kurang faham keadaan sekarang,memandangkan mak long belajar di sini waktu tu 30-40 tahun yang lalu. Tapi lama-lama aku mula nampak apa yang dia ingin sampaikan,jadi baik aku duduk kaku dan dengaq ja.
Kata mak long,
Perbezaan pendapat sesama manusia hanya berpunca daripada 3 benda. Samada aqidah,syariah,tasawuf.
Selagi mana aqidah kita masih sama jangan dibesarkan masalah2 furu' dan khilaf kecil(baca:syariah). Uruskanlah perbezaan itu baik dan berhikmah tanpa mengangkatkan perbezaan dalam pengamalan syariah itu seolah-olah perbezaan dalam beraqidah. Dan kalau pengamalan syariah kita juga telah sama yakni seperti nabi ajarkan, jangan benarkan sifat ananiah(individualism) pula menguasai diri. Ya disini ilmu tasawuf berperanan besar. Mak long cakap dia belajar benda ni daripada Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam. Mak long ni jawatan besaq pun sempat lagi pi mengaji dekat dua tiga tok guru tau.
Macam mana nak bersihkan hati daripada ananiah ni.Disamping istiqomah dengan amal2 fardi,cara lainnya ialah belajar bahasa. Mak long bacakan syair Imam Syafie pada kami. Kalau betul2 hayati bahasa syair ja pun dah mampu buat kita termuhasabah apatah lagi bahasa alquran. Sebab tu mak long suka bahasa arab,habis semua istilah balaghoh keluar semalam. Bahasa bukan hanya penting sebagai ilmu alat tapi juga sebagai tazkiyatun nafs.
Kata mak long lagi,
Jangan ambil kisah perbuatan buruk yang orang lakukan pada kita. Lepaskan pandangan2 buruk. Sentiasalah matang dalam melayani orang2 yang berusaha menyusahkan hidup kita. Mak long bawak keluar cerita2 lama dia melayani birokrasi orang bawahan sebelum bersara,memang buat semua terpana.
تفكر الساعة خير من قيام ليلة
Berfikir sebentar lebih baik daripada solat malam
Dengan berfikir kita mampu mencapai hikmah dan hidayah.Tapi berfikirlah pada ciptaan tuhan bukan pada zatnya. Tambah mak long.
Last sekali,mak long ceritakan kepada kami tentang arwah pak long. Tak kurang hebat sumbangannya kepada pendidikan di Kedah dan katanya pernah tidur sebantal dengan seorang negarawan yang memperjuangkan hak rakyat dan sekarang di dalam penjara. Mudah mudahan pak long bersama orang2 baik.
Semoga mak long terus kuat untuk pergi pengajian,habiskan hafazan alquran,dan mengajar kawan2 mak long yang lain di tanah air.
24 Februari 2016
No comments:
Post a Comment