The Legends~

Tuesday, 29 March 2016


MESIR TANPA DIA

Rak tiga tingkat yang sebelum ini dipenuhi debu halus padang sahara kini sudah penuh terisi buku-buku yang dibawanya dari tanah air. Dua beg bagasi miliknya juga sudah memuntahkan isinya. Perjalanan hampir 14 jam dalam perut kapal terbang ditempuhi dengan tenang. Kini,hanya tinggal masanya untuk merencanakan perjalanan hidup selama 5 tahun di ardul kinanah ini.

Dia menyelak daun tingkap,baki angin musim bunga mengelus pipinya. Warna koko menguasai retina matanya.Diamatinya banggunan-banggunan seperti kotak-kotak disusun rapat yang menghiasi pemandangan di luar tingkap.Tiba-tiba fikirannya  melayang jauh, sejauh hamparan bumi dan bumbungan langit.

                                                      ***

"Huda, saya ada beli banyak serunding daging. Awak tak payah beli lagi ya, minta saja kalau teringin disana nanti," ujar Amirah sambil memetia wajah Huda.

"Ok,terima kasih sayang." Huda tersenyum hingga ke telinga.

Mereka berdua bersahabat sejak kecil. Banyak suka duka telah diharungi bersama. Tatkala Amirah ditahan hospital selama sebulan akibat demam panas, Hudalah yang setia menemaninya saban malam. Ketika Huda putus harapan untuk terus hidup kerana kematian ibunya beberapa tahun lalu, Amirahlah yang mengikat kembali tali harapan sehingga dia hari ini mampu berdiri semula.

Kini, mereka bakal berangkat seiring ke tempat baru. Tempat di mana insan-insan yang dahagakan ilmu sanggup bermusafir jauh demi menghirup lautan pengetahuan di sana.

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum tarikh penerbangan. Semua persiapan sudah menghampiri titik kesempurnaan. Hari ini hari terakhir mereka keluar ke bandar untuk melangsaikan beberapa urusan. Selepas ini mereka perlu menumpukan perhatian kepada misi memburu lailatul qadar memandangkan mereka akan berangkat hanya beberapa hari selepas Syawal menjelma.

"Huda nah,ambillah hadiah ni."Amirah menghulurkan sebuah objek terbalut kemas dengan kertas bewarna putih.

"Eh awak ni,kenapa tiba-tiba bagi hadiah ni? hari ni bukan hari lahir saya pun",dia menyoal penuh kehairanan.

"Saja, dah lama nak bagi sebenarnya. Cuma baru sekarang saya rasa waktu yang paling sesuai,buka ya nanti." Amirah menutur sambil memandang Huda dengan pandangan yang dalam.

"Terima kasih sahabat." Huda memaksa dirinya untuk senyum walaupun keanehan melanda kotak fikirannya.

                                                    ***

"Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. Lailahaillallahu wallahu akbar. Allahu akbar wa lillahilham."

Takbir raya mendayu-dayu kedengaran melalui corong pembesar suara di masjid-masjid seluruh dunia hari ini.

Hujan gerimis yang turun seolah olah menemani kegalaun di hati Huda.Raya terakhir di tanah air tercinta sebelum bergelar perantaun sepatutnya disambut dengan penuh makna. Namun berita semalam tidak mampu untuk dia menahan empangan air mata daripada tumpah keluar. Harus dia terima takdir bahawa sahabatnya sudah pergi menyeru panggilan tuhan.Sakit kanser hatiya kembali menyerang dan merenggut jiwa halus itu.

Tiba-tiba dia teringat akan bungkusan putih yang diberikan sahabat dunia akhiratnya itu, dengan pantas dia mendapatkan bungkusan tersebut dan membukanya. Terdapat buku "Dalam Dekapan Ukhuwwah", karya Salim A. Fillah dan juga terselit didalamnya sepucuk surat. Dia amat kenal tulisan tangan itu dan dia amat merindui empunya tulisan itu.

                                                     ***

 Bismillahirrahmanirrahim

Saat kamu membaca ni,aku sudah hampir mengalirkan air mata tapi belum melaju kerana fikirkan yang kita akan berpisah jauh. Maafkan diri ini, kerana akan ke sana dulu teman dan tidak menemanimu.Tinggalkanmu disini.

Huda, ukhuwah yg terjalin tidak dapat diukur dgn waktu. Aku amat menyayangimu.
Oh,jangan ditanya banyak mana. Melihat wajahmu cukup membuatkan diri ini tersenyum. Entah,apa ajaibnya kamu,aku juga tak dapat cerita. Aku rasa auramu sahabat sudah cukup menyejukkan hati.

Maka benarlah,sentuhan sahabat itu magis ukhuwah.

Sahabatku Huda,tidak cukup dengan kata-kata untuk aku gambarkan bahawasanya dirimu melengkapi diri.

Baiklah,air mata jatuh sudah.

Wahai pengembara yang ghairahkan ilmu,moga kau selamat sampai di daerah cintamu,Mesir.Kudoa agar kau bisa kutip semangat anbiya' dalam menuntut ilmu. Menjadi ilmuwan yg berbakti kepada masyarakat. Menjadi anak yang mmbawa ke syurga kerana kau sudahpun hampir ke jalan jihad. Menjadi sahabat yang menggegar jiwa pemuda pemudi akan kehadiranmu.

Sahabatku, aku hormati dirimu. Sayangi dirimu. Cintai kamu. Ku doakan dirimu sejahtera dimana pun kau berada kerana doa antara sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, tiada hijab.

Akhir kalam,aku minta maaf atas segala yang mengguris hati kamu.Selamat bergerak teman.Tawanlah Mesir dengan kuasai sejarahnya.Supaya nanti,kau dapat dapar khabarkan aku sejarah yang kita warisinya.

Fi hifzillah sahabat.

Yang menyayangimu,
 Amirah
   
                                                     ***

Kenangan bersamamu tidak akan aku sia-siakan. Cita-cita kita akan aku bumikan meski kamu telah mendahuluiku ke alam sana. Ketahuilah namamu sentiasa berada dalam doaku setiap hari.

Bumi ilmu ini akan ku tawan. Mencoret kebangkitan islam buat kali kedua.

Friday, 25 March 2016

BAB 2(NAVELOG IQRaC)

Frank Athelstane Swettenham merupakan presiden pertama yang memandu tampuk Pentadbiran Residen-residen British di Kuala Kubu atau kini lebih dikenali dengan nama Kuala Kubu Bahru.Daerah ini tidak terlepas daripada penjajahan kuasa barat kira-kira 5 dekad yang lalu.

Cita-cita besar mereka untuk melihat bangsa sendiri bangun dari kegelapan mendorong mereka untuk menerokai  seluruh dunia termasuk tanah melayu.Namun komuniti yang dibina mereka tidak dapat bertahan lama apabila banjir besar melanda daerah tersebut dan mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Masa terus berlalu,perubahan demi perubahan telah berlaku dengan pesat di bumi kuala kubu bharu pada sekitar tahun 70-an.Institusi-institusi yang meyediakan perkhidmatan masyarakat tumbuh bagai cendawan lantas telah mencorak sosiobudaya penduduk setempat.Bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan sebelumnya yang diselebungi kemunduran.Di sini jugalah aku tercampak selama setahun setengah.Di bumi asing yang tidak wujud ditempat lain.Bumi yang dikenali sebagai negeri alquran.

"Izzah! Awak nak pergi masjid tak?,"Hanan menghentikan lamunanku terhadap keunikan sejarah KKB yang pernah aku baca melalui plamplet yang di ambil daripada lobi hotel tempat aku sekeluarga menginap sehari sebelum aku mendaftarkan diri di sini.

Aku memandang jam jenama CASIO di pergelangan tanganku,sudah pukul 6.30 petang.Selalunya pada waktu ini kami berdua sudah mula bersiap-siap untuk ke masjid bagi menghabiskan separuh daripada waktu malam di sana.

"Nak,tapi hari ni kita pergi awal sikit nak?,"aku memberi reaksi.

"Ok,tapi hari ni awak kena bawakkan air."dia tersengih nakal.

Aku merenung tajam ke arahnya,ada-ada sahaja sahabatku seorang ni.Hanan rakan sebilikku yang berasal dari selatan tanah air.Seorang yang peramah dan mempunyai 'common sense' yang tinggi.Walaupun usia perkenalan baru beberapa hari tapi terasa seolah-olah sudah seperti adik beradik.

Tanpa membiarkan masa berlalu begitu sahaja,aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri."Seorang hamalah al-quran harus memastikan dirinya dalam keadaan terbaik terutamanya ketika beribadah".Tiba-tiba pesanan ustaz Azhar ketika dalam satu slot pada minggu Haluan Siswa muncul di benak fikiran.

Telekung putih pemberian ibu sempena kemasukanku ke sini disarung kemas.Terasa seperti ada kekuatan menyerap masuk ke seluruh tubuh.Harapan yang ditinggalkan ibu dan abah harus aku perjuangkan sehingga ke titik maksimum kudratku.Mahkota itu harus menjadi milik mereka walaupun aku tahu pasti bayarannya adalah muhajadah yang tinggi.Aku mengatur langkah ke masjid dengan semangat berkobar-kobar.

Keindahan dan kemasyhuran masjid Darul Quran tidak perlu diceritakan lagi.Persoalannya bagaimana aku perlu memanfaatkan sausana istimewa dan luar biasa yang wujud disini.Aku mengambil rehal yang tersusun kemas di penjuru masjid lalu membuka lipatannya dan meletakkan alquran unggu milikku ke atasnya.Ada lagi 15 minit sebelum azan maghrib dilaungkan.Setiap saat perlu digunakan sebaiknya.

"Bismillahirrahmanirrahim.Alif laam mim...,"juzuk satu yang telah selesai ditasmik minggu lepas diulang supaya tidak hilang dari pegangan.Diriku semakin hanyut dan tenggelam dalam nikmat terbesar ini.

                                             ***

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kita buka perjumpaan hari ini dengan ummul furqan al-fatihah.Alhamdulillah,tsummal hamdulillah kerana hari ni masih dikurniakan nikmat islam dan iman,serta nikmat yang lebih besar iatu nikmat wujud.Tanpa membuang masa ana menjemput Izzah Yasirah untuk memberi tazkirah sebelum meneruskan agenda berikutnya.

"Izzah,nama awak kena panggillah,akak tu jemput awak bagi tazkirah,"sahabat-sahabat sekeliling memandangku.

Alamak,nak cakap apa ni.Aku hanya budak biasa yang masih mentah dan cetek dengan ilmu tiba-tiba diminta untuk memberi tazkirah dihadapan komuniti yang kebanyakannya merupakan bekas pimpinan-pimpinan sekolah yang tip top di Malaysia.

Rasa rendah diri menyelubungi diri.Namun,aku gagahkan kaki untuk melangkah ke hadapan.

"Bismillah,selawat dan salam ke atas nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.Ana bukanlah orang yang layak untuk berdiri dihadapan ni tetapi untuk menghargai permintaan kak wafa ana cuba kongsi yang termampu.Pertama dan utama sekali ana ingin menyeru semua insan dihadapan ana untuk recheck balik niat kenapa menghafal quran.Masing2 perlu pastikan tujuan itu terletak di landasan yang betul.Jika terdapat bisikan-bisikan yang cenderung kepada yang sebaliknya cepat-cepatlah ditepis,"aku meneruskan tazkirah pendek itu.

Biarlah walaupun isinya sudah pun pernah diulang beberapa kali sebelum ini tetapi aku tetap suka untuk mengingatkan kembali.Memulakan sesuatu perjumpaan dengan sedikit tazkir itu memang sudah menjadi budaya di sini dan pemberi tazkir biasanya akan dipilih secara rawak.

Sejurus selepas itu,aku mengambil tempat kembali bersama-sama sahabat-sahabat yang lain.Kak Wafa meneruskan agenda seterusnya iatu memberi maklumat tentang perjalanan program yang bakal kami ikuti hujung minggu iatu SYABAB.Macam menarik,sudah lama aku tidak merasai program ala-ala mukhayyam macam seperti ini.Sebelum aku berpindah ke sekolah SMKA pada awal tingkatan 4 boleh dikatakan saban tahun aku akan menyertai mukhayyam kadet remaja sekolah di bawah kelolaan para murabbi.Kami diajar soal ketetapan masa,disiplin,kepimpinan dan pengisian ruhiyyah.Adakah SYABAB juga menekankan aspek2 tersebut?Apakah pembawaannya?Tiba-tiba pelbagai persoalan dan persepsi timbul di benak fikiranku.

                                            ****

"Izzah,saya minta maaf.Saya tak pernah tolong awak.Saya hanya memikirkan diri sendiri.Saya janji akan bantu awak lepas ni.Tolong maafkan saya."Tiba-tiba ada tubuh menghampiriku dan memeluk erat dari arah hadapan.Seperti ku kenal suara ini.Persis suara yang selalu kedengaran di masjid saban malam.

Busyra.

"Takpe bukan salah awak pun.Biasalah semua nak fokus pada quran masing-masing,mungkin usaha saya belum cukup,"pelukan kami berdua semakin erat.Air mata keluar tanpa henti.

Busyra yang aku kenal seorang yang hebat.Seorang yang berkepimpinan,masyi,banyak idea dan bersungguh-sungguh ketika melakukan segenap perkara.

Jauh berbeza dengan diri aku,keupayaanku  sangat biasa-biasa.setiap hari aku hanya mampu menghantar modal 3 muka sejak melangkah masuk juzuk kedua yang semakin mencabar.Jarang-jarang sekali 4 muka.bukan sahaja masa makan yang telah ku singkatkan,malah setiap hari tepat pukul 4 pagi aku sudah bangun untuk melancarkan modal.Kekadang rasa futur menguasai diri.Hanya harapan ibu dan abah yang menguatkan kembali.

Walaupun yang membezakan kami pada malam itu ialah muqarrar.Namun aku percaya kelebihan dan kekurangan itu kurniaan tuhan.Yang menjadi ukuran ialah usaha seseorang itu.

Malam ini menjadi saksi kepada kami.Kami telah di ajar erti kebersamaan.Perjalanan ini tidak boleh dihadapi berseorangan.Ia memerlukan kebersamaan.Apabila sakit tidak boleh dipendam.Apabila senang perlu dikongsi bersama.

                                             ***

SYABAB betul-betul luar biasa.Tarbiyah SYABAB betul membekas dalam hati.program yang berlangsung 3 hari 2 malam itu menterjemahkan realiti kehidupan sebagai seorang ahli hamalatul alquran yang menggabungkan diri dengan IQRaC atau nama panjangnya Intelectual Quranic Generation Club.Sebuah organisasi yang dijadikan sebagai medan untuk melahirkan huffaz yang berintegriti intektual,bersifat ummatic dan berfikiran jauh.Ahlinya terdiri daripda pelajar program persijilan yang akan menyambung asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Apa yang pernah aku dengar sebelum masuk ke DQ,alumni IQRaC bukan calang-calang orang.Kebanyakan terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang SPM di Malaysia dan bukan sedikit keluarannya yang menjadi
pimpinan kampus dan figura hebat dalam masyarakat.Menjadi sebahagiannya memang merupakan impuan besarku sejak masih di tingkatan 3 dan kini ia menjadi kenyataan.Yang tinggal hanya aku yang perlu mencipta sejarah hidup yang paling mahal dalamnya.

                                             ***

Jangan takut jatuh kerana yang tak pernah memanjatlah yang tak pernah jatuh
Jangan takut gagal kerana yg tak pernah gagallah yang tak pernah melangkah
Jangan takut salah, kerana kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan baru dan cari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

-HAMKA-

Terus qowiy ya!!^^

Satu mesej ringkas diterima pada pukul 3.30 pagi.Siapakah penghantarnya?nombor yang tidak dikenali.Aku tidak memikir panjang dan terus menyambung tidur yang terganggu.Tepat 4.15 pagi aku terjaga semula.Diri terasa berat untuk memulakan hari baru.Tambah-tambah lagi apabila melihat sahabat sebilik masih enak diulit mimpi.

"Allahu akbar!aku menarik selimut daripada badan dan membuka lampu bilik.Sinarannya menyakitkan biji mataku.Setelah membersihkan diri dan berwangian-wangian aku menghamparkan sejadah kecil yang berwarna hijau tua di satu ruang bilik.Paling kurang 2 rakaat solat sunat perlu dilakukan sebagai pembuka tirai hari baru.

                                       ****

"Izzah,esok awak kene hantar 5 muka pada ustazah sebagai ganti modal hari ni yang tak cukup,"pesan ustazah seusai aku menyalaminya  dan mencium tangannya.

"Minta maaf ustazah,esok ana akan cuba untuk jadi orang pertama yang hantar,"aku membalas dengan penuh malu.

Malu kerana tidak buat yang terbaik hari ini.Malu kerana tidak berjaya membahagiakan ustazah hari ini.Cara apa lagi perlu aku guna?Semuanya seperti tidak sesuai.Buntu.Kecewa.Hatiku gelisah.

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar-Rad:28)

Aku menyejukkan diri dengan air wudhuk lalu sujud menunaikan dhuha walaupun waktu dhuha sudah tua.Aku melepaskan semuanya didalam sujud terakhir."Ya Allah,tunjukkan aku jalan keluar dan jadikan aku hamba yang bersyukur".


TRAVELOG IQRAC                                                             # BAB 1
     Petang indah disuluhi cahaya mentari yang sederhana ditambah dengan angin sepoi-sepoi yang memukul muka.Aku bersama insan yang banyak berjasa dalam hidupku  meluncur laju menaiki kereta meredah kesesakan Bandar Sungai Petani untuk ke toko buku yang tak asing lagi bagi warga di sini,iatu Hasani.Sudah menjadi kezaliman pada setiap hujung tahun akan diadakan jualan mega yang menawarkan potongan habis-habisan bagi semua pencinta buku di bandar ini.Aku salah seorang yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.Masakan tidak,jika hendak ke pesta buku antarabangsa di  Kuala Lumpur memerlukan kos yang tinggi dan tidak setimpal buat warga yang tidak menetap di Lembah Klang seperti kami.
“Ayah,tahu tak tempat-tempat yang  menyediakan peluang untuk menghafal al-quran sekitar sini?”.Aku memulakan bicara untuk memecah kesepian.“Oh,ada lah tahu satu dua tempat,kenapa?teringin nak menghafal?”.Beliau menyoal kembali sambil memandang tepat wajah anak perempuanya.
“Ya ayah,Izzah teringin sangat”.Jawabku ringkas.“Ok,nanti abah akan cuba tanya pada kawan-kawan abah yang ada pengalaman menghantar anak ke pusat tahfiz”.Beliau membenihkan harapan dalam diriku sambil matanya ligat memerhatikan lampu isyarat yang bila-bila masa sahaja akan bertukar hijau.
“Alhamdulillah”,aku mengukir senyuman.
Sudah seminggu peperiksaan SPM berakhir,sudah seminggu jugalah aku telah meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar sekolah.Sehari sejurus selepas SPM selesai sehingga kelmarin masaku padat diisi dengan program-program seperti daurah dan rehlah yang dianjurkan para murabbi sekolah lamaku.Mereka seolah-olah dapat merasakan bahawa jiwa-jiwa kami amat dahagakan pengisian dan tauhijat setelah sekian lama berhempas pulas mengerahkan tenaga untuk  peperiksaan terbesar dalam alam persekolahan.Kini tiba pula masanya untuk aku berkhidmat kepada kedua ibu bapa di rumah dan mengisi celah waktu terluang untuk membaca buku-buku yang sudah lama tak terusik dalam almari.
Di samping itu,aku juga telah mengatur beberapa agenda agar cuti panjang ini tidak terbuang begitu sahaja.Perkara paling utama dan pertama ialah aku menekadkan diri mahu menghafal al-quran,kalau tidak dapat 30 juzu pun tidak mengapa.Asalkan ada sebahagian daripadanya yang dapatku pegang.Hasrat ini telah lama ku simpan diam-diam dalam hati.Namun,hingga kini aku belum menemukan peluang itu.
Jika diingatkan kembali aku hampir dapat menunaikan impian ini kerana  telah layak mengikuti satu temuduga bagi pengambilan pelajar pensijilan Darul Quran-UIAM yang diadakan di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat,Alor Star  kira-kira dua bulan yang lalu.Namun mustahil,sangat mustahil untuk  berjaya melepasi saringan ini.Cuba bayangkan masa yang diambil untukku menjalani temuduga bersama panel UIAM  tidak sampai 2 minit.Hal ini gara-gara aku meletakkan kos ilmu wahyu sebagai kos pilihan pertama jika mahu melanjutkan pelajaran di universiti yang wujud daripada hasil gagasan idea Tun Dr Mahathir itu.
“Maafkan saya,jika saudari ingin melanjutkan pelajaran ke UIA dalam bidang pengajian islam,saudari boleh mohon melalui UPU selepas mendapat keputusan  SPM yang sebenar”,suara lembut panel tersebut  bergema menenuhi ruang bilik temuduga tersebut.
Aku terdiam.
Ya, aku sudah maklum program ini diwujudkan bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran bagi kos sains sahaja tapi apa salahnya mencuba nasib?.Malah ketika ujian menghafal tadi sudah ku lakukan sebaik mungkin.Tak mengapa,setidak-tidaknya hari ni aku dapat merasai pengalaman ditemuduga,aku cuba memujuk diri yang sudah diselubungi rasa kecewa.
Sejak dari saat itulah aku telah berusaha untuk melupakan hasratku untuk ke Darul Quran,biarlah impian itu dibawa terbang jauh dari kotak fikiranku.Tapi ini bukanlah bermakna cita-cita untuk menghafal alquran ini harus aku lupakan.Aku akan terus mencari peluang demi peluang untuk mengukir kalimah-kalimah tuhan dalam hatiku.
 Rasulullah tidak meninggalkan harta atau jaringan perniagaan yang menguntungkan mahupun banggunan mewah yang boleh dibanggakan  bahkan masjid yang dibina baginda di Madinah sahaja atapnya diperbuat daripada pelapah tamar,lantainya hanya beralaskan tanah dan apabila hujan,air  akan menitik jatuh atas badan para sahabat.Apa yang Rasulullah tinggalkan?Tidak lain dan bukan hanyalah al-quran.Bukanlah al-quran dalam bentuk mushaf atau buku tetapi al-quran yang telah diukir ke dalam hati-hati assabiqunal auwalun,para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Jika zaman rasulullah islam dapat sampai ke dua tanah suci dan kawasan yang berdekatan dengannya,pada zaman para sahabat islam dapat diterima hampir ke seluruh tanah arab.Mereka telah 'ditrain’ oleh Rasulullah dengan al-quran.Kejayaan itu ialah hasil daripada usaha mereka merealitikan dan membumikan ajaran dan idea al-quran dalam segenap sistem dan kehidupan.
                          …………………………………………………………………
Sausana ketika itu damai.Hati benar-benar di sapa kebenaran-Nya.Terasa benar diri ini akan kekerdilan seorang hamba.Dia telah menciptakan pulau yang indah ini.Dia juga mewujudkan air laut yang biru menenangku bila melihatnya lantas membuai jiwaku tenang.Dan bibir terasa ringan menuturkan tasbih memuji kebesaran-Nya,yang menciptakan segalanya.
Sudah lama rasanya aku tidak bermusafir bersama keluarga tambah-tambah lagi sejak memasuki asrama kerana setiap kali waktu cuti menjelma pasti  perlu aku korbankan masa tersebut untuk mengikuti kelas tambahan di sekolah.Kini aku berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi bersama mereka.Walaupun dibesarkan di Kedah namun inilah kali pertama aku sampai ke sini,percutian ini akan aku manfaaatkan untuk menggarap semaksimumnya ibrah yang dihidangkan tuhan bagi makhluknya yang mahu berfikir.
Sedang aku leka membawa diri kembali ke zaman Mahsuri yang terkenal dengan kisah lagendanya  tiba-tiba  lagu Stand up yang dialunkan oleh Muaz Zulkifli  kedengaran nyaring dari kocek baju.Ini  membawa petanda bahawa ada mesej yang sampai ke telefon pintar milikku. “Siapa yang telefon?”,adikku yang bongsu bertanya.“Bukan panggilan telefon tapi mesej sahajalah”,jawabku malas.
Tanpa membuang masa,aku menekan butang on untuk menyalakan  papan skrin dan membuka mesej tersebut.Hampa,yang timbul hanya mesej daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan hadiah-hadiah percuma jika kita melanggan perkhidmatan mereka.Belum sempat lampu skrin terpadam,telefonku kembali berbunyi.Satu mesej lagi telah masuk.
“Tahniah izzah!awak berjaya temuduga dan diterima masuk ke Darul Quran”.
Aku berulang kali membaca mesej tersebut bagi memastikan apa yang dibaca tadi benar-benar betul.Terasa darah yang sedang mengalir dalam tubuh seakan-akan berhenti.Aku kelu seketika,pemandangan indah pulau lagenda yang berada di hadapan mata seakan sudah tidak berjaya menarik minatku lagi.Aneh,mimpi apakah ini?
“Ibu,ijah dapat Darul Quran,..tapi macam mustahillah,ibu sendiri tahukan waktu temuduga hari tu ijah macam mana”,aku meluahkan isi hatiku.
Beliau memberikan senyuman kepadaku sambil berkata,
“Allah percaya ijah boleh bawa 30 juzu sebab itulah dia beri peluang ni,izinkanlah diri untuk ditarbiah di sana”.
Aku terdiam sambil memikirkan kata-kata ibu.Sungguh terlalu dalam maksudnya bagiku.Peluang yang hampir luput dari ingatan tiba-tiba timbul kembali menunjukkan diri membuatkan diriku tidak berhenti berfikir.Perasaan bercampur baur.Cita-cita yang telah lama diimpikan bagai menunjukkan jalan dan haluannya
Mood percutian bersama keluarga ke sini seakan-akan berubah,ibu bapaku mula sibuk mengatur perancangan bagi menyediakan segala keperluan surat-menyurat yang diminta oleh pihak Darul Quran  kerana tarikh kemasukan tidak sampai tiga minggu sahaja lagi.Sehinggakan sebahagian barang-barang keperluan untukku ke sana telah siap dibeli sebelum kembali ke rumah.
Hakikatnya dari hati yang dalam tidak dinafikan ada sahaja bisikan-bisikan jahat yang cuba untuk menguasai diri, “Kau rasa kau mampu?yakin ke kau boleh habiskan 30 juz? tak takut ke nanti kau akan menggalas tanggunjawab yang lebih besar?”.Namun sedaya upaya aku cepat-cepat menepisnya dengan mengembalikan kepercayaan kepada Allah.Barangkali aku terlalu menilai sesuatu keberhasilan dengan bergantung pada usaha yang dilakukan sehingga lupa kebergantungan kepada Allah.
                                     ……………………………………………………
“Hendaklah kalian memberikan hak kepada mata kalian untuk beribadah.Kemudian para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,apakah hak mata dalam ibadah?”Baginda menjawab,memandang mashaf(al-quran),berfikir tentangnya dan mengambil pengajaran pada keajaiban-keajaibannya”
                                                                   (riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya dengan sanad dhaif)
Keterikatan al-quran dan seorang mukmin itu sangat dekat.Bahkan Hasan Al-Banna Rahimullah sendiri telah menetapkan agar para ikhwan membaca paling kurang satu juzu’ dalam satu hari sebagai kewajipan pertama dalam empat puluh tuntutan  bagi seorang al-akh al-mujahid.Iatu orang-orang yang telah berbaiah   untuk menyumbangkan seluruh hidup untuk bekerja demi islam.Impaknya,gerakan yang dipimpin beliau masih bertahan sehingga kini walaupun telah melalui pelbagai mehnah dan sejarah yang rencam.
                                       …………………………………………………
Hari ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Darul Quran Jakim,jika 6 tahun dahulu sebagai pelajar sekolah yang datang melawat,hari ini sebagai pelajar baru yang akan mendaftarkan diri.Tarikh 6 Januari 2014 pasti akan menjadi sejarah hidup bagi aku dan insan-insan lain yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke bumi barakah ini.
Kedatangan aku sekeluarga disambut oleh beberapa orang senior yang ramah dan murah dengan senyuman.Mereka tidak lokek berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang di Darul Quran dan menerangkan perjalanan hari pendaftaran tanpa diminta.Semoga Allah membalas budi baik mereka dengan sebaik-baik ganjaran.
Daripada proses pendaftaran,perasmian,ikrar,simbolik penyerahan pelajar kepada Darul Quran sehinggalah check in asrama semuanya telah selamat aku lalui.Kini tiba masanya,untuk semua ibu bapa untuk pulang ke tempat asal masing sama ada ke utara,selatan,pantai timur atau hanya di sekitar Lembah Klang.Tidak terkecuali ibu bapaku,tak putus-putus nasihat yang diberikan sebelum anak perempuan mereka ini ditinggalkan.
Dari jauh aku memerhatikan kereta hilang daripada pandangan mataku.Tanpa disedari air mataku bertakung di kelopak mata lalu jatuh ke pipi.Bukan kerana takut rindukan mereka tetapi kerana sedar ada amanah besar sedang digalas belakangku yang memerlukan mujadah yang tinggi.

         KELUHAN YANG MENGGERAKKAN.

   Beg coklat gelap yang dibeli sewaktu dalam perjalanan pulang dari ibu kota ke negeri jelapang padi suatu ketika dahulu dilepaskan ke kerusi. Badan segera dihenyakkan ke atas tilam demi melepaskan lelah selepas beberapa jam keluar ke salah satu gudang daripada gudang-gudang ilmu yang wujud di bumi Isa alaihissalam ini. Kepala berkira-kira bajet belanjawan peribadi bulan ini,nampaknya terpaksalah menahan diri dahulu daripada membeli barang-barang keperluan yang baru disenaraikan semalam di samping meminimumkan perbelanjaan kerana tempoh untuk sampai ke hujung bulan masih jauh. Perlukah aku mengeluh atau bersyukur?

   Nun jauh beribu kilometer di negara tanah air tercinta GST telah selamat dilangsungkan dalam sendi-sendi perniagaan dan perindustrian. TPPA hanya menunggu masa untuk dibahaskan di parlimen yang dijangka Januari depan. Kenyataan mengejut oleh Dewan Negara tentang kelulusan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan(MKN) menunjukkan tanda-tanda negara sedang menuju ke arah kediktatoran. Tidak cukup dengan itu,nadi utama warga marhaen di Lembah Klang seperti monorel,LRT dan sebagainya juga direnggut dengan kenaikan harga berkali ganda.

   Seiringin dengan itu di sisi yang lain,wujud suara balas yang tidak jemu-jemu mengangkat sepanduk saban minggu di hadapan SOGO bagi menyatakan ketidaksedudukan mereka dengan agenda pemerintah. Manakala di alam maya timbul kumpulan-kumpulan kolektif yang aktif menuang deretan penerangan tentang mafsadah tindak tanduk golongan atasan pada rakyat. Dan tidak sedikit juga yang masih bergoyang kaki tidak endah peduli. Selagi perut mereka tidak berasa terancam daripada tidak diisi setiap hari kezaliman besar mana pun tidak akan menjadi urusannya. Sukar sekali rasanya cita-cita ustaziatul alam yang selalu didendangkan dalam halaqoh-halaqoh kecil dapat menjadi realiti jika melihatkan kejelikkan sistem masa kini.


   "Perlukah aku mengeluh atau bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih bebas beribadah dan mengamalkan suruhan agama yang lain?."Lagi sekali soalan itu menerpa.

 'Adanya seperti tiada,' komen seorang figura negara apabila ditanya tentang aktivisma mahasiswa hari ini. Tidak dinafikan belakangan ini sudah ada ikon-ikon mahasiswa yang bangkit dalam menyampaikan idea-idea reformasi atau lebih tepat bersuara mendapatkan hak mereka tetapi ia belum cukup untuk membina satu gelombang perubahan ditambah pula kesedaran ini bersikap berpusat di kampus-kampus sekitar ibu kota.

   Masyarakat yang ditindas tidak akan terbela melainkan perlunya jiwa-jiwa yang sedar sebanyak mungkin. Generasi yang ingin dicetak ialah generasi yang kefahaman tauhidnya jelas,akhlaknya halus kepada sahabat mahupun musuh,pekung thaqafahnya diisi setiap hari dan mereka mempunyai sensitiviti yang tinggi tentang segala yang berlaku terhadap polisi negara,agama dan hal dunia. Mereka berpencak dengan sebaiknya sewaktu di alam universiti dan bakal keluar membumikan ilmu dan pengalaman kepada masyarakat.

  Tetapi cita-cita ini perlu dimulakan daripada mana?mata tidak dapat dipejam sepatutnya aku sudah lama terbuai mimpi memandangkan keletihan sedang membalut diri. Aku tidak dapat berhenti berfikir.

  Sheikh Abu Hasan Ali An-Nadwi pernah berkata perubahan yang paling 'sustain'  bermula dengan ilmu. Walaupun mengambil masa yang lama dan memakan puluhan tahun tetapi perubahan yang dimulai dengan ilmu lebih bersifat realistik dan bertahan lebih lama bukan sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malahan jika dilihat setiap tamadun yang pernah berada dikemuncak tertinggi dibelakangnya wujud para cendiakawan yang menjadi tulang empat kerat bagi empayar tersebut.

 Aku jadi teringat empat garis panduan awal untuk melahirkan generasi yang berintegriti.Ia dicatat oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia,Tuan Jufitri Joha dalam kerta kerjanya yang bertajuk Mahasiswa Huffaz antara Citra Intelektualisme dan Misi Rahmatan Lil'alamin. Pertama dan utama ialah membina skil pembacaan. Bahan bacaan yang dimaksudkan tidaklah hanya terhad kepada buku-buku haraki daripada Syed Qutb dan Hasan Al Banna sahaja tetapi perlu juga pendedahan kepada karya yang bertenaga tinggi dari dunia islam,barat dan melayu. Keduanya ialah mempertingkatkan skil pemikiran kritis yakni berupaya membandingkan sesuatu karya dengan karya lain yang bertentangan dengannya. Selain itu mampu mengaitkan apa yang dibaca kepada realiti semasa lalu mampu membuahkan idea-idea solusi yang diperlukan.

   Ketiga,mempelajari skil kepemidatoan supaya idea-idea yang hendak diberikan dapat disampaikan dengan bahasa yang diyakini dan difahami oleh masyarakat. Yang terakhir ialah skil penulisan. Beliau menyarankan agar melazimi diri untuk menulis seminggu sekali supaya dapat menjadi kebiasaan. Penulisan ialah medan yang penting untuk menjadi seorang jurubicara ummat,cuba bayangkan Dr Muhammad Abu Bakar berjaya menghasilkan buku  Mahasiswa Menggugat sewaktu masih di alam universiti lagi manakala Soe Hok Gie mampu meluaskan pemikirannya di Indonesia melalui tulisan   sahaja kerana beliau bukanlah seorang yang begitu popular sewaktu hidupnya.

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri"
(Ar-ra'd:11)

  Manusia tidak dapat melepaskan diri daripada mengeluh termasuk aku. Saban hari manusia mengeluh dengan bermacam-macam asbab dan masalah. Hanya mereka bijak yang akan memanfaatkan masa dan kudrat untuk membuat perubahan. Sedangkan aku masih muda,remaja dan bebas untuk bergerak. Cuma yang masih diperlukan ialah suntikan keberanian. Berani untuk benar.

Glosari
GST:Good Service Tax
TPPA:Trans Pacific Patnership Agreement
sustain:kekal,terpelihara
Perempuan yang berlari.

Tittle wanita mungkin sudah perlu diambil auranya sekarang memandangkan umur saya sudah menghampiri dua dekad.
Dan pada umur sebegini saya kira saya perlu semakin serius untuk mengambil berat tentang peran-peran wanita samada dengan cara menelusuri kehidupan sosok-sosok wanita pengubah dunia,mengembangkan potensi diri yang terbeku mahupun dengan mengamati isu-isu global tentang wanita masa ini. Hal ini kerana, mana mungkin generasi harapan akan lahir dari perut ibu yang tidak membina harapan dan impian.

Saya antara anak muda yang tidak ketinggalan dengan kepesatan serta kecanggihan laman sosial di alam maya dan ketika pada hari wanita sedunia tempoh hari, seperti biasa wanita-wanita dirai dengan penuhnya rantain-rantain nasihat mahupun kalimat-kalimat penghargaan di ruangan facebook,wsap dan sebagainya. Saya lalui hari tersebut dengan agak bersemangat dengan membaca mesej-mesej berkenaan pada awal hari dan meninggalkan sebahagian yang lain begitu sahaja apabila berpuluh-puluh mesej yang sama masuk.

 Saban tahun seperti itulah fenomena yang berlaku, sesiapa yang sedar akan mengambil semangat hari bertarikh 8 Mac ini dan menukarkannya kepada satu daya tajdid pada diri sendiri manakala yang sebaliknya akan meraikannya dengan retorik ataupun atas asbab dia itu perempuan semata-mata. Lalu tiadalah keinginannya untuk mengubah diri sendiri apatah lagi umat manusia.

Tetapi saya amat yakin kebanyakan perempuan ataupun wanita zaman sekarang ini baik-baik dan mahu berlumba-lumba ke arah kebaikan tetapi telah timbulnya beberapa perkara  masalannya masalah inferiority complex yang telah menyebabkan diri mereka kembali rasa terpenjara lalu kembali membekukan diri daripada mencetuskan sebarang perubahan.

Kadang-kadang mereka itu bukanlah orang biasa-biasa,boleh jadi berlatar belakangkan pendidikan agama (baca : Islam) yang kuat sejak kecil tetapi apabila diminta untuk memimpin jamaah solat sesama jantina pun ditolak sehabis dayanya. Maka lahirlah hero-hero jadian yang hanya hebat bersuara tentang dakwah,usrah,tamrin di facebook tetapi hakikatnya tidak seperti tuan badannya.

Mereka ini berpotensi dan berakhlak, tetapi cuma perlu disuntikkan lagi semangat dan keyakinannya supaya golongan ini setidak-tidaknya dapat mengisi kelompangan yang berlaku dalam institusi pendidikan dan kekeluargaan yang semakin hari semakin meranap.

Wanita hari ini tidak boleh lari daripada pentas ilmu. Walaupun masih sukar untuk melihat wacana-wacana ilmiah hari ini dipelopori oleh panel-panel wanita rata-ratanya tetapi percambahan minat kearah budaya ilmu dalam kalangan wanita khususnya mahasiswi dilihat semakin meluas di kampus- kampus utama. Perubahan iklim atau trend pembacaan juga sudah menunjukkan bunga-bunga perubahan daripada tema cinta cintun kepada  yang lebih realistik.

Wanita juga tidak terpisah daripada soal emansipasi. Pasti ada sahaja pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan suara-suara sumbang dan menunding jari ke arah dasar Islam sebagai asbab atau seteru dalam menuntut hak ini terutamanya dalam bab pembahagian harga,poligami dan sebagainya.

 Maka di sinilah titik kesinambungan antara para asatizah dan para profesional terutama di bidang sains perlu diwujudkan. Mereka sebolehnya duduk bersama dalam usaha mencerahkan masyarakat tentang adilnya ketetapan syariatullah dan sunnatullah. Hal ini kerana masih banyak perbahasan yang kita sendiri masih terperangkap dalamnya tidak lain dan tidak bukan yang berpunca daripada kejahilan masyarakat atau ilmuwan itu sendiri.

Kita mungkin tidak perlu beraksi setegar Cut Nyak Dhein dalam mengangkat senjata ataupun sekuat Marie Curie dalam menahan penyakitnya kerana ujian kita berbeza dengan mereka. Cuma sikap mereka yang perlu dipasakkan dalam diri kita.

Wanita yang tahu peranan diri akan berlari dan berlumba-lumba ke arah kebaikan dan pengislahan.


Selamat Hari Wanita Sedunia!

Afifah Ali, Kaherah.



















PESAN MAK LONG.

Boleh dikatakan Mak Long antara veteran yang 'one in a million'. Ceritanya semalam,semua pakat ditikam habis-habisan. Keberadaan sosok kecil ni  memang rugi kalau kita tak pergi menadah ilmu dan pengalaman sebanyaknya.

Mak Long bertanya kepada kami semua, apa fungsi kamu?dan apa yang  sedang diperjuangkan? Cuba ceghita sikit (mak long guna loghat Kedah)
Kami memberi laluan orang yang paling berautoriti untuk menjawab dan jawapan diberi dengan yakinnya di samping menceritakan beberapa masalah yang dihadapi disini.Mak long memulakan provokasinya dengan mempamerkan muka hairan.Dia pelik kenapa kami fokusnya hanya untuk perkara sekecil itu. Tengah2 mak long bercakap aku ada membuat beberapa cubaan untuk mencelah kerana aku fikir mak long mungkin kurang faham keadaan sekarang,memandangkan mak long belajar di sini waktu tu 30-40 tahun yang lalu. Tapi lama-lama aku mula nampak apa yang dia ingin sampaikan,jadi baik aku duduk kaku dan dengaq ja.

Kata mak long,

Perbezaan pendapat sesama manusia hanya berpunca daripada 3 benda. Samada aqidah,syariah,tasawuf.

Selagi mana aqidah kita masih sama jangan dibesarkan masalah2 furu' dan khilaf kecil(baca:syariah). Uruskanlah perbezaan itu baik dan berhikmah tanpa mengangkatkan perbezaan dalam pengamalan syariah itu seolah-olah perbezaan dalam beraqidah. Dan kalau pengamalan syariah kita juga telah sama yakni seperti nabi ajarkan, jangan benarkan sifat ananiah(individualism) pula menguasai diri. Ya disini ilmu tasawuf berperanan besar. Mak long cakap dia belajar benda ni daripada Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam. Mak long ni jawatan besaq pun sempat lagi pi mengaji dekat dua tiga tok guru tau.

Macam mana nak bersihkan hati daripada ananiah ni.Disamping istiqomah dengan amal2 fardi,cara lainnya ialah belajar bahasa. Mak long bacakan syair Imam Syafie pada kami. Kalau betul2 hayati bahasa syair ja pun dah mampu buat kita termuhasabah apatah lagi bahasa alquran. Sebab tu mak long suka bahasa arab,habis semua istilah balaghoh keluar semalam. Bahasa bukan hanya penting sebagai ilmu alat tapi juga sebagai tazkiyatun nafs.

Kata mak long lagi,

Jangan ambil kisah perbuatan buruk yang orang lakukan pada kita. Lepaskan pandangan2 buruk. Sentiasalah  matang dalam melayani orang2 yang berusaha menyusahkan hidup kita. Mak long bawak keluar cerita2 lama dia melayani birokrasi orang bawahan sebelum bersara,memang buat semua terpana.

تفكر الساعة خير من قيام ليلة

Berfikir sebentar lebih baik daripada solat malam

Dengan berfikir kita mampu mencapai hikmah dan hidayah.Tapi berfikirlah pada ciptaan tuhan bukan pada zatnya. Tambah mak long.

Last sekali,mak long ceritakan kepada kami tentang arwah pak long. Tak kurang hebat sumbangannya kepada pendidikan di Kedah dan katanya pernah tidur sebantal dengan seorang negarawan yang memperjuangkan hak rakyat dan sekarang di dalam penjara. Mudah mudahan pak long bersama orang2 baik.

Semoga mak long terus kuat untuk pergi pengajian,habiskan hafazan alquran,dan mengajar kawan2 mak long yang lain di tanah air.

24 Februari 2016