The Legends~

Friday, 25 March 2016

BAB 2(NAVELOG IQRaC)

Frank Athelstane Swettenham merupakan presiden pertama yang memandu tampuk Pentadbiran Residen-residen British di Kuala Kubu atau kini lebih dikenali dengan nama Kuala Kubu Bahru.Daerah ini tidak terlepas daripada penjajahan kuasa barat kira-kira 5 dekad yang lalu.

Cita-cita besar mereka untuk melihat bangsa sendiri bangun dari kegelapan mendorong mereka untuk menerokai  seluruh dunia termasuk tanah melayu.Namun komuniti yang dibina mereka tidak dapat bertahan lama apabila banjir besar melanda daerah tersebut dan mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Masa terus berlalu,perubahan demi perubahan telah berlaku dengan pesat di bumi kuala kubu bharu pada sekitar tahun 70-an.Institusi-institusi yang meyediakan perkhidmatan masyarakat tumbuh bagai cendawan lantas telah mencorak sosiobudaya penduduk setempat.Bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan sebelumnya yang diselebungi kemunduran.Di sini jugalah aku tercampak selama setahun setengah.Di bumi asing yang tidak wujud ditempat lain.Bumi yang dikenali sebagai negeri alquran.

"Izzah! Awak nak pergi masjid tak?,"Hanan menghentikan lamunanku terhadap keunikan sejarah KKB yang pernah aku baca melalui plamplet yang di ambil daripada lobi hotel tempat aku sekeluarga menginap sehari sebelum aku mendaftarkan diri di sini.

Aku memandang jam jenama CASIO di pergelangan tanganku,sudah pukul 6.30 petang.Selalunya pada waktu ini kami berdua sudah mula bersiap-siap untuk ke masjid bagi menghabiskan separuh daripada waktu malam di sana.

"Nak,tapi hari ni kita pergi awal sikit nak?,"aku memberi reaksi.

"Ok,tapi hari ni awak kena bawakkan air."dia tersengih nakal.

Aku merenung tajam ke arahnya,ada-ada sahaja sahabatku seorang ni.Hanan rakan sebilikku yang berasal dari selatan tanah air.Seorang yang peramah dan mempunyai 'common sense' yang tinggi.Walaupun usia perkenalan baru beberapa hari tapi terasa seolah-olah sudah seperti adik beradik.

Tanpa membiarkan masa berlalu begitu sahaja,aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri."Seorang hamalah al-quran harus memastikan dirinya dalam keadaan terbaik terutamanya ketika beribadah".Tiba-tiba pesanan ustaz Azhar ketika dalam satu slot pada minggu Haluan Siswa muncul di benak fikiran.

Telekung putih pemberian ibu sempena kemasukanku ke sini disarung kemas.Terasa seperti ada kekuatan menyerap masuk ke seluruh tubuh.Harapan yang ditinggalkan ibu dan abah harus aku perjuangkan sehingga ke titik maksimum kudratku.Mahkota itu harus menjadi milik mereka walaupun aku tahu pasti bayarannya adalah muhajadah yang tinggi.Aku mengatur langkah ke masjid dengan semangat berkobar-kobar.

Keindahan dan kemasyhuran masjid Darul Quran tidak perlu diceritakan lagi.Persoalannya bagaimana aku perlu memanfaatkan sausana istimewa dan luar biasa yang wujud disini.Aku mengambil rehal yang tersusun kemas di penjuru masjid lalu membuka lipatannya dan meletakkan alquran unggu milikku ke atasnya.Ada lagi 15 minit sebelum azan maghrib dilaungkan.Setiap saat perlu digunakan sebaiknya.

"Bismillahirrahmanirrahim.Alif laam mim...,"juzuk satu yang telah selesai ditasmik minggu lepas diulang supaya tidak hilang dari pegangan.Diriku semakin hanyut dan tenggelam dalam nikmat terbesar ini.

                                             ***

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kita buka perjumpaan hari ini dengan ummul furqan al-fatihah.Alhamdulillah,tsummal hamdulillah kerana hari ni masih dikurniakan nikmat islam dan iman,serta nikmat yang lebih besar iatu nikmat wujud.Tanpa membuang masa ana menjemput Izzah Yasirah untuk memberi tazkirah sebelum meneruskan agenda berikutnya.

"Izzah,nama awak kena panggillah,akak tu jemput awak bagi tazkirah,"sahabat-sahabat sekeliling memandangku.

Alamak,nak cakap apa ni.Aku hanya budak biasa yang masih mentah dan cetek dengan ilmu tiba-tiba diminta untuk memberi tazkirah dihadapan komuniti yang kebanyakannya merupakan bekas pimpinan-pimpinan sekolah yang tip top di Malaysia.

Rasa rendah diri menyelubungi diri.Namun,aku gagahkan kaki untuk melangkah ke hadapan.

"Bismillah,selawat dan salam ke atas nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.Ana bukanlah orang yang layak untuk berdiri dihadapan ni tetapi untuk menghargai permintaan kak wafa ana cuba kongsi yang termampu.Pertama dan utama sekali ana ingin menyeru semua insan dihadapan ana untuk recheck balik niat kenapa menghafal quran.Masing2 perlu pastikan tujuan itu terletak di landasan yang betul.Jika terdapat bisikan-bisikan yang cenderung kepada yang sebaliknya cepat-cepatlah ditepis,"aku meneruskan tazkirah pendek itu.

Biarlah walaupun isinya sudah pun pernah diulang beberapa kali sebelum ini tetapi aku tetap suka untuk mengingatkan kembali.Memulakan sesuatu perjumpaan dengan sedikit tazkir itu memang sudah menjadi budaya di sini dan pemberi tazkir biasanya akan dipilih secara rawak.

Sejurus selepas itu,aku mengambil tempat kembali bersama-sama sahabat-sahabat yang lain.Kak Wafa meneruskan agenda seterusnya iatu memberi maklumat tentang perjalanan program yang bakal kami ikuti hujung minggu iatu SYABAB.Macam menarik,sudah lama aku tidak merasai program ala-ala mukhayyam macam seperti ini.Sebelum aku berpindah ke sekolah SMKA pada awal tingkatan 4 boleh dikatakan saban tahun aku akan menyertai mukhayyam kadet remaja sekolah di bawah kelolaan para murabbi.Kami diajar soal ketetapan masa,disiplin,kepimpinan dan pengisian ruhiyyah.Adakah SYABAB juga menekankan aspek2 tersebut?Apakah pembawaannya?Tiba-tiba pelbagai persoalan dan persepsi timbul di benak fikiranku.

                                            ****

"Izzah,saya minta maaf.Saya tak pernah tolong awak.Saya hanya memikirkan diri sendiri.Saya janji akan bantu awak lepas ni.Tolong maafkan saya."Tiba-tiba ada tubuh menghampiriku dan memeluk erat dari arah hadapan.Seperti ku kenal suara ini.Persis suara yang selalu kedengaran di masjid saban malam.

Busyra.

"Takpe bukan salah awak pun.Biasalah semua nak fokus pada quran masing-masing,mungkin usaha saya belum cukup,"pelukan kami berdua semakin erat.Air mata keluar tanpa henti.

Busyra yang aku kenal seorang yang hebat.Seorang yang berkepimpinan,masyi,banyak idea dan bersungguh-sungguh ketika melakukan segenap perkara.

Jauh berbeza dengan diri aku,keupayaanku  sangat biasa-biasa.setiap hari aku hanya mampu menghantar modal 3 muka sejak melangkah masuk juzuk kedua yang semakin mencabar.Jarang-jarang sekali 4 muka.bukan sahaja masa makan yang telah ku singkatkan,malah setiap hari tepat pukul 4 pagi aku sudah bangun untuk melancarkan modal.Kekadang rasa futur menguasai diri.Hanya harapan ibu dan abah yang menguatkan kembali.

Walaupun yang membezakan kami pada malam itu ialah muqarrar.Namun aku percaya kelebihan dan kekurangan itu kurniaan tuhan.Yang menjadi ukuran ialah usaha seseorang itu.

Malam ini menjadi saksi kepada kami.Kami telah di ajar erti kebersamaan.Perjalanan ini tidak boleh dihadapi berseorangan.Ia memerlukan kebersamaan.Apabila sakit tidak boleh dipendam.Apabila senang perlu dikongsi bersama.

                                             ***

SYABAB betul-betul luar biasa.Tarbiyah SYABAB betul membekas dalam hati.program yang berlangsung 3 hari 2 malam itu menterjemahkan realiti kehidupan sebagai seorang ahli hamalatul alquran yang menggabungkan diri dengan IQRaC atau nama panjangnya Intelectual Quranic Generation Club.Sebuah organisasi yang dijadikan sebagai medan untuk melahirkan huffaz yang berintegriti intektual,bersifat ummatic dan berfikiran jauh.Ahlinya terdiri daripda pelajar program persijilan yang akan menyambung asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Apa yang pernah aku dengar sebelum masuk ke DQ,alumni IQRaC bukan calang-calang orang.Kebanyakan terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang SPM di Malaysia dan bukan sedikit keluarannya yang menjadi
pimpinan kampus dan figura hebat dalam masyarakat.Menjadi sebahagiannya memang merupakan impuan besarku sejak masih di tingkatan 3 dan kini ia menjadi kenyataan.Yang tinggal hanya aku yang perlu mencipta sejarah hidup yang paling mahal dalamnya.

                                             ***

Jangan takut jatuh kerana yang tak pernah memanjatlah yang tak pernah jatuh
Jangan takut gagal kerana yg tak pernah gagallah yang tak pernah melangkah
Jangan takut salah, kerana kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan baru dan cari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

-HAMKA-

Terus qowiy ya!!^^

Satu mesej ringkas diterima pada pukul 3.30 pagi.Siapakah penghantarnya?nombor yang tidak dikenali.Aku tidak memikir panjang dan terus menyambung tidur yang terganggu.Tepat 4.15 pagi aku terjaga semula.Diri terasa berat untuk memulakan hari baru.Tambah-tambah lagi apabila melihat sahabat sebilik masih enak diulit mimpi.

"Allahu akbar!aku menarik selimut daripada badan dan membuka lampu bilik.Sinarannya menyakitkan biji mataku.Setelah membersihkan diri dan berwangian-wangian aku menghamparkan sejadah kecil yang berwarna hijau tua di satu ruang bilik.Paling kurang 2 rakaat solat sunat perlu dilakukan sebagai pembuka tirai hari baru.

                                       ****

"Izzah,esok awak kene hantar 5 muka pada ustazah sebagai ganti modal hari ni yang tak cukup,"pesan ustazah seusai aku menyalaminya  dan mencium tangannya.

"Minta maaf ustazah,esok ana akan cuba untuk jadi orang pertama yang hantar,"aku membalas dengan penuh malu.

Malu kerana tidak buat yang terbaik hari ini.Malu kerana tidak berjaya membahagiakan ustazah hari ini.Cara apa lagi perlu aku guna?Semuanya seperti tidak sesuai.Buntu.Kecewa.Hatiku gelisah.

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar-Rad:28)

Aku menyejukkan diri dengan air wudhuk lalu sujud menunaikan dhuha walaupun waktu dhuha sudah tua.Aku melepaskan semuanya didalam sujud terakhir."Ya Allah,tunjukkan aku jalan keluar dan jadikan aku hamba yang bersyukur".


No comments:

Post a Comment