The Legends~

Friday, 22 April 2016

[ABIM DAN PAS DALAM GERAKAN DAKWAH ISLAM DI MALAYSIA]
oleh: Badlihisham Mohd Nasir
terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Saya rasa saya tidak akan mampu untuk memahami sebahagian besar buku ini jika tidak pernah duduk sekali dengan kedua-dua gerakan dakwah lagenda ini. Kesempatan yang diizinkan Tuhan untuk berkenalan dengan sahabat2 dalam PAS dan ABIM amat membantu untuk saya menggarap sebahagian besar apa yang telah disampaikan oleh penulis.

Menyelak helaian demi helaian buku ini seolah-olah membawa kita menyoroti sejarah dan dinamisme dakwah yang dipelopori PAS dan ABIM, tidak ketinggalan tabligh dan al-Arqam. Sebagai orang yang masih mentah dalam arena ini, saya kira bahan bacaan seperti ini perlu dihadam sebaiknya supaya alasan2 seperti ikut usrah sebab naqibah, ikut kawan ataupun untuk sekadar mengisi masa lapang dapat ditukarkan kepada suatu sebab yang lebih konkrit dan realistik yang lahir melalui kesedaran daripada dalam diri sendiri.

ABIM dan PAS sudah melalui pelbagai pengalaman yang rencam dan keduanya masih konsisten sehingga sekarang dalam lapangan dakwah negara. Masing2 ada sumbangan tersendiri dalam agenda ini. Namun di sini saya hanya menulis secara ringkas mengenai ABIM.

ABIM

Kekuatannya banyak didasari oleh ketokohan ahli2, ideologue dan para simpatisannya. Boleh dikatakan mereka inilah generasi pencetus dan penjana idea kepada institusi2 besar seperti UIAM, YaPEIM, islamisasi sistem perbankkan dan banyak lagi. ABIM di saat awal penubuhannya popular dengan pendekatan yang agak radikal. Mereka menentang ketidakadilan yang dilakukan kerajaan, mengangkat isu2 kemiskinan dan menghalang budaya tidak sihat yang cuba diserapkan ke dalam kampus2 di tanah air. Dan semua gerakan ini banyak dikepalai oleh Anwar Ibrahim.

ABIM telah melalui jatuh bangunnya yang tersendiri. Penggerak2nya sendiri telah mengalami konflik apabila Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk masuk UMNO dengan sebab mahu memperbaiki sistem daripada dalam. Kebanyakan daripada mereka kecewa lalu menyertai PAS dan IRC. Tidak lama selepas itu ABIM sedikit demi sedikit mengubah pendekatannya daripada radikal kepada mesra kerajaan. Mereka memanfaatkan setiap ruang2 yang diberi kerajaan untuk  dakwah. Sehingga ada yang mengatakan ABIM makin tidak jelas pendiriannya kerana gerakan dakwah ketika itu selalunya sinonim dengan pendekatan anti kerajaan.

Dalam masa yang sama, infiltrasi ahli ABIM juga berlaku sangat rancak pada waktu itu sehingga ada pihak yang tergugat dan mengeluarkan kenyataan bahawa proses pengabiman perlu dihentikan. Keupayaaan dan penguasaan ahli ABIM sebagai think-thank kepada beberapa institusi dilihat sangat ketara waktu itu termasuklah dalam politik. Young Turk yang dahulunya memimpin PAS juga lahir daripada perut ABIM.

Namun Dato' Siddiq Fadzil yang bertanggungjawab mengemudi ABIM ketika itu menegaskan bahawa,

"ABIM ialah sebuah Harakah Islamiyyah yang mandiri dan independent, sebuah wadah yang mempunyai manhaj dan programnya sendiri dalam memperjuangkan cita-cita Islamiahnya, ABIM bukan wadah sementara, bukan wadah transit dan bukan wadah pembekal tenaga kepada mana-mana wadah lain."

ABIM masih kekal sebagai non- partisan tetapi tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai politik.

Selain itu, generasi awal ABIM juga telah membawa satu fenomena besar kepada negara iatu pembudayaan ilmu.
Mereka lah yang mula-mula mengangkat dan memperkenalkan tokoh2 ilmuwan luar negara. Seterusnya, melipat gandakan usaha penterjemahan karya2 besar tokoh tersebut untuk disebar luas kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka sendiri mampu untuk menghasilkan beberapa karya2 bertaraf tinggi yang sehingga kini terus dinikmati golongan muda ABIM. Cita-cita ABIM untuk membuat perubahan pada masyarakat dimulakan dengan ilmu. Mereka memberi pencerahan demi pencerahan. Antaranya melalui pusat2 pendidikan yang dibina, wacana semasa, engagement antarabangsa dll.

Metod dan formula dakwah berhikmah yang diperkenalkan ABIM ini disenangi pelbagai pihak. Ini menjadikan ia kekal relevan sebagai sebuah gerakan islam yang kompeten sehingga kini.



Bumi yang tak pernah sama dengan bumi yang lain.

Saya percaya, sesiapa pun yang pernah merasa pahit dan susah ketika di bumi ini tidak akan dapat menanggalkan memori itu daripada ingatannya.

Malah kadang2 semua perkara di sekelilingnya seolah-olah mahu dibandingkan dengan pengalamannya di bumi ini, supaya dapat diingat kembali apakah akhlak2 orang yang membawa alquran. Dan bagaimana kita mahu bersikap dengan masalah2  yang berada di depan sebagai orang yang memegang alquran.

Apa khabar agaknya keadaan di sana?

Tujuan tulisan ini, sekadar hanya mahu mencoret satu dua perkara yang menjadi kebanggaan manusia2 di sana. Sudah hilang atau masih wujud, hanya mereka yang di sana boleh lebih mengetahuinya.

Mungkin di sini saya perlu ucapkan terima kasih khasnya kepada kakak2 generasi 14. Tarbiyah yang pernah sebahagian daripada mereka  kata gagal kepada kami itu sebenarnya masih membekas dalam diri. Masih saya jadikan panduan dalam beberapa perkara.

Semoga mereka mendapat sebaik-baik ganjaran.

Suka untuk dikongsikan beberapa perkara yang sempat saya rasai,

Pertama, pagi yang nikmat.

Boleh katakan setiap pagi akan ada yang mengetuk  pintu. Jam 5 pagi(mungkin lebih awal) akan ada lampu2 bilik yang sudah bercahaya, suara orang mengaji bergaung di koridor. Bila azan subuh, berpusu-pusu ke masjid walaupun kadang2 hanya sempat sujud terakhir bersama imam. Masih begitu kah agaknya?

Keduanya, ikhtilat.

Tulisan penuh, bertitik satu, tiada smiley, larangan interaksi selepas jam 12 pagi. Semua itu perkara baru yang saya belajar di sana. Perkara ini sering diulang-ulang. Apatah lagi bab gambar-bergambar. Saya berlepas diri.

Seterusnya, pakain.

Bagi menghormati waqi' di sana pelajar perempuan hanya dibenarkan berjubah dan tudung labuh. Jadi begitulah juga jika kami keluar ke pasar malam atau pekan KKB dan kadang2 sampai ke jalan TAR,Midvalley,Kinokuniya walaupun di dalam peraturan tidaklah mewajibkan sebegitu.


Argh.. terlalu banyak benda lagi sebenarnya.

Budaya 'rencam'

Adab

Mastato'tum

Hanya satu saja daripada semua itu, hanya ingin ingatkan diri sendiri akan penting istiqomah dengan hafalan alquran dan sifat2 seorang pembawa alquran.

Semakin hari semakin saya rasa gagal memenuhinya.

Jauh sama sekali saya mahu samakan konsep ikhtilat atau pakain di sana harus disamakan sebulat-bulatnya dengan keadaan saya sekarang. Kerana masing2 perlu memenuhi tuntutan muamalat dan situasi semasa. Tetapi asas kepada perkara2 itu yang perlu dijaga.

Bagi adik2 yang masih disana jagalah biah yang baik itu. Berpuas-puaslah dengan nikmat itu, kalian bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menjaganya. Demi generasi seterusnya.

Jangan suatu hari nanti sudah tiada apa lagi yang boleh dibanggakan dengan bumi Darul Quran.

Semua orang akan diuji dengan apa kata2nya. Saya berlindung diri daripada kegagalan menempuhinya.

Apa khabar mereka di sana?

Allahummarhamna bil quran.


Tuesday, 29 March 2016


MESIR TANPA DIA

Rak tiga tingkat yang sebelum ini dipenuhi debu halus padang sahara kini sudah penuh terisi buku-buku yang dibawanya dari tanah air. Dua beg bagasi miliknya juga sudah memuntahkan isinya. Perjalanan hampir 14 jam dalam perut kapal terbang ditempuhi dengan tenang. Kini,hanya tinggal masanya untuk merencanakan perjalanan hidup selama 5 tahun di ardul kinanah ini.

Dia menyelak daun tingkap,baki angin musim bunga mengelus pipinya. Warna koko menguasai retina matanya.Diamatinya banggunan-banggunan seperti kotak-kotak disusun rapat yang menghiasi pemandangan di luar tingkap.Tiba-tiba fikirannya  melayang jauh, sejauh hamparan bumi dan bumbungan langit.

                                                      ***

"Huda, saya ada beli banyak serunding daging. Awak tak payah beli lagi ya, minta saja kalau teringin disana nanti," ujar Amirah sambil memetia wajah Huda.

"Ok,terima kasih sayang." Huda tersenyum hingga ke telinga.

Mereka berdua bersahabat sejak kecil. Banyak suka duka telah diharungi bersama. Tatkala Amirah ditahan hospital selama sebulan akibat demam panas, Hudalah yang setia menemaninya saban malam. Ketika Huda putus harapan untuk terus hidup kerana kematian ibunya beberapa tahun lalu, Amirahlah yang mengikat kembali tali harapan sehingga dia hari ini mampu berdiri semula.

Kini, mereka bakal berangkat seiring ke tempat baru. Tempat di mana insan-insan yang dahagakan ilmu sanggup bermusafir jauh demi menghirup lautan pengetahuan di sana.

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum tarikh penerbangan. Semua persiapan sudah menghampiri titik kesempurnaan. Hari ini hari terakhir mereka keluar ke bandar untuk melangsaikan beberapa urusan. Selepas ini mereka perlu menumpukan perhatian kepada misi memburu lailatul qadar memandangkan mereka akan berangkat hanya beberapa hari selepas Syawal menjelma.

"Huda nah,ambillah hadiah ni."Amirah menghulurkan sebuah objek terbalut kemas dengan kertas bewarna putih.

"Eh awak ni,kenapa tiba-tiba bagi hadiah ni? hari ni bukan hari lahir saya pun",dia menyoal penuh kehairanan.

"Saja, dah lama nak bagi sebenarnya. Cuma baru sekarang saya rasa waktu yang paling sesuai,buka ya nanti." Amirah menutur sambil memandang Huda dengan pandangan yang dalam.

"Terima kasih sahabat." Huda memaksa dirinya untuk senyum walaupun keanehan melanda kotak fikirannya.

                                                    ***

"Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. Lailahaillallahu wallahu akbar. Allahu akbar wa lillahilham."

Takbir raya mendayu-dayu kedengaran melalui corong pembesar suara di masjid-masjid seluruh dunia hari ini.

Hujan gerimis yang turun seolah olah menemani kegalaun di hati Huda.Raya terakhir di tanah air tercinta sebelum bergelar perantaun sepatutnya disambut dengan penuh makna. Namun berita semalam tidak mampu untuk dia menahan empangan air mata daripada tumpah keluar. Harus dia terima takdir bahawa sahabatnya sudah pergi menyeru panggilan tuhan.Sakit kanser hatiya kembali menyerang dan merenggut jiwa halus itu.

Tiba-tiba dia teringat akan bungkusan putih yang diberikan sahabat dunia akhiratnya itu, dengan pantas dia mendapatkan bungkusan tersebut dan membukanya. Terdapat buku "Dalam Dekapan Ukhuwwah", karya Salim A. Fillah dan juga terselit didalamnya sepucuk surat. Dia amat kenal tulisan tangan itu dan dia amat merindui empunya tulisan itu.

                                                     ***

 Bismillahirrahmanirrahim

Saat kamu membaca ni,aku sudah hampir mengalirkan air mata tapi belum melaju kerana fikirkan yang kita akan berpisah jauh. Maafkan diri ini, kerana akan ke sana dulu teman dan tidak menemanimu.Tinggalkanmu disini.

Huda, ukhuwah yg terjalin tidak dapat diukur dgn waktu. Aku amat menyayangimu.
Oh,jangan ditanya banyak mana. Melihat wajahmu cukup membuatkan diri ini tersenyum. Entah,apa ajaibnya kamu,aku juga tak dapat cerita. Aku rasa auramu sahabat sudah cukup menyejukkan hati.

Maka benarlah,sentuhan sahabat itu magis ukhuwah.

Sahabatku Huda,tidak cukup dengan kata-kata untuk aku gambarkan bahawasanya dirimu melengkapi diri.

Baiklah,air mata jatuh sudah.

Wahai pengembara yang ghairahkan ilmu,moga kau selamat sampai di daerah cintamu,Mesir.Kudoa agar kau bisa kutip semangat anbiya' dalam menuntut ilmu. Menjadi ilmuwan yg berbakti kepada masyarakat. Menjadi anak yang mmbawa ke syurga kerana kau sudahpun hampir ke jalan jihad. Menjadi sahabat yang menggegar jiwa pemuda pemudi akan kehadiranmu.

Sahabatku, aku hormati dirimu. Sayangi dirimu. Cintai kamu. Ku doakan dirimu sejahtera dimana pun kau berada kerana doa antara sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, tiada hijab.

Akhir kalam,aku minta maaf atas segala yang mengguris hati kamu.Selamat bergerak teman.Tawanlah Mesir dengan kuasai sejarahnya.Supaya nanti,kau dapat dapar khabarkan aku sejarah yang kita warisinya.

Fi hifzillah sahabat.

Yang menyayangimu,
 Amirah
   
                                                     ***

Kenangan bersamamu tidak akan aku sia-siakan. Cita-cita kita akan aku bumikan meski kamu telah mendahuluiku ke alam sana. Ketahuilah namamu sentiasa berada dalam doaku setiap hari.

Bumi ilmu ini akan ku tawan. Mencoret kebangkitan islam buat kali kedua.

Friday, 25 March 2016

BAB 2(NAVELOG IQRaC)

Frank Athelstane Swettenham merupakan presiden pertama yang memandu tampuk Pentadbiran Residen-residen British di Kuala Kubu atau kini lebih dikenali dengan nama Kuala Kubu Bahru.Daerah ini tidak terlepas daripada penjajahan kuasa barat kira-kira 5 dekad yang lalu.

Cita-cita besar mereka untuk melihat bangsa sendiri bangun dari kegelapan mendorong mereka untuk menerokai  seluruh dunia termasuk tanah melayu.Namun komuniti yang dibina mereka tidak dapat bertahan lama apabila banjir besar melanda daerah tersebut dan mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Masa terus berlalu,perubahan demi perubahan telah berlaku dengan pesat di bumi kuala kubu bharu pada sekitar tahun 70-an.Institusi-institusi yang meyediakan perkhidmatan masyarakat tumbuh bagai cendawan lantas telah mencorak sosiobudaya penduduk setempat.Bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan sebelumnya yang diselebungi kemunduran.Di sini jugalah aku tercampak selama setahun setengah.Di bumi asing yang tidak wujud ditempat lain.Bumi yang dikenali sebagai negeri alquran.

"Izzah! Awak nak pergi masjid tak?,"Hanan menghentikan lamunanku terhadap keunikan sejarah KKB yang pernah aku baca melalui plamplet yang di ambil daripada lobi hotel tempat aku sekeluarga menginap sehari sebelum aku mendaftarkan diri di sini.

Aku memandang jam jenama CASIO di pergelangan tanganku,sudah pukul 6.30 petang.Selalunya pada waktu ini kami berdua sudah mula bersiap-siap untuk ke masjid bagi menghabiskan separuh daripada waktu malam di sana.

"Nak,tapi hari ni kita pergi awal sikit nak?,"aku memberi reaksi.

"Ok,tapi hari ni awak kena bawakkan air."dia tersengih nakal.

Aku merenung tajam ke arahnya,ada-ada sahaja sahabatku seorang ni.Hanan rakan sebilikku yang berasal dari selatan tanah air.Seorang yang peramah dan mempunyai 'common sense' yang tinggi.Walaupun usia perkenalan baru beberapa hari tapi terasa seolah-olah sudah seperti adik beradik.

Tanpa membiarkan masa berlalu begitu sahaja,aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri."Seorang hamalah al-quran harus memastikan dirinya dalam keadaan terbaik terutamanya ketika beribadah".Tiba-tiba pesanan ustaz Azhar ketika dalam satu slot pada minggu Haluan Siswa muncul di benak fikiran.

Telekung putih pemberian ibu sempena kemasukanku ke sini disarung kemas.Terasa seperti ada kekuatan menyerap masuk ke seluruh tubuh.Harapan yang ditinggalkan ibu dan abah harus aku perjuangkan sehingga ke titik maksimum kudratku.Mahkota itu harus menjadi milik mereka walaupun aku tahu pasti bayarannya adalah muhajadah yang tinggi.Aku mengatur langkah ke masjid dengan semangat berkobar-kobar.

Keindahan dan kemasyhuran masjid Darul Quran tidak perlu diceritakan lagi.Persoalannya bagaimana aku perlu memanfaatkan sausana istimewa dan luar biasa yang wujud disini.Aku mengambil rehal yang tersusun kemas di penjuru masjid lalu membuka lipatannya dan meletakkan alquran unggu milikku ke atasnya.Ada lagi 15 minit sebelum azan maghrib dilaungkan.Setiap saat perlu digunakan sebaiknya.

"Bismillahirrahmanirrahim.Alif laam mim...,"juzuk satu yang telah selesai ditasmik minggu lepas diulang supaya tidak hilang dari pegangan.Diriku semakin hanyut dan tenggelam dalam nikmat terbesar ini.

                                             ***

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kita buka perjumpaan hari ini dengan ummul furqan al-fatihah.Alhamdulillah,tsummal hamdulillah kerana hari ni masih dikurniakan nikmat islam dan iman,serta nikmat yang lebih besar iatu nikmat wujud.Tanpa membuang masa ana menjemput Izzah Yasirah untuk memberi tazkirah sebelum meneruskan agenda berikutnya.

"Izzah,nama awak kena panggillah,akak tu jemput awak bagi tazkirah,"sahabat-sahabat sekeliling memandangku.

Alamak,nak cakap apa ni.Aku hanya budak biasa yang masih mentah dan cetek dengan ilmu tiba-tiba diminta untuk memberi tazkirah dihadapan komuniti yang kebanyakannya merupakan bekas pimpinan-pimpinan sekolah yang tip top di Malaysia.

Rasa rendah diri menyelubungi diri.Namun,aku gagahkan kaki untuk melangkah ke hadapan.

"Bismillah,selawat dan salam ke atas nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.Ana bukanlah orang yang layak untuk berdiri dihadapan ni tetapi untuk menghargai permintaan kak wafa ana cuba kongsi yang termampu.Pertama dan utama sekali ana ingin menyeru semua insan dihadapan ana untuk recheck balik niat kenapa menghafal quran.Masing2 perlu pastikan tujuan itu terletak di landasan yang betul.Jika terdapat bisikan-bisikan yang cenderung kepada yang sebaliknya cepat-cepatlah ditepis,"aku meneruskan tazkirah pendek itu.

Biarlah walaupun isinya sudah pun pernah diulang beberapa kali sebelum ini tetapi aku tetap suka untuk mengingatkan kembali.Memulakan sesuatu perjumpaan dengan sedikit tazkir itu memang sudah menjadi budaya di sini dan pemberi tazkir biasanya akan dipilih secara rawak.

Sejurus selepas itu,aku mengambil tempat kembali bersama-sama sahabat-sahabat yang lain.Kak Wafa meneruskan agenda seterusnya iatu memberi maklumat tentang perjalanan program yang bakal kami ikuti hujung minggu iatu SYABAB.Macam menarik,sudah lama aku tidak merasai program ala-ala mukhayyam macam seperti ini.Sebelum aku berpindah ke sekolah SMKA pada awal tingkatan 4 boleh dikatakan saban tahun aku akan menyertai mukhayyam kadet remaja sekolah di bawah kelolaan para murabbi.Kami diajar soal ketetapan masa,disiplin,kepimpinan dan pengisian ruhiyyah.Adakah SYABAB juga menekankan aspek2 tersebut?Apakah pembawaannya?Tiba-tiba pelbagai persoalan dan persepsi timbul di benak fikiranku.

                                            ****

"Izzah,saya minta maaf.Saya tak pernah tolong awak.Saya hanya memikirkan diri sendiri.Saya janji akan bantu awak lepas ni.Tolong maafkan saya."Tiba-tiba ada tubuh menghampiriku dan memeluk erat dari arah hadapan.Seperti ku kenal suara ini.Persis suara yang selalu kedengaran di masjid saban malam.

Busyra.

"Takpe bukan salah awak pun.Biasalah semua nak fokus pada quran masing-masing,mungkin usaha saya belum cukup,"pelukan kami berdua semakin erat.Air mata keluar tanpa henti.

Busyra yang aku kenal seorang yang hebat.Seorang yang berkepimpinan,masyi,banyak idea dan bersungguh-sungguh ketika melakukan segenap perkara.

Jauh berbeza dengan diri aku,keupayaanku  sangat biasa-biasa.setiap hari aku hanya mampu menghantar modal 3 muka sejak melangkah masuk juzuk kedua yang semakin mencabar.Jarang-jarang sekali 4 muka.bukan sahaja masa makan yang telah ku singkatkan,malah setiap hari tepat pukul 4 pagi aku sudah bangun untuk melancarkan modal.Kekadang rasa futur menguasai diri.Hanya harapan ibu dan abah yang menguatkan kembali.

Walaupun yang membezakan kami pada malam itu ialah muqarrar.Namun aku percaya kelebihan dan kekurangan itu kurniaan tuhan.Yang menjadi ukuran ialah usaha seseorang itu.

Malam ini menjadi saksi kepada kami.Kami telah di ajar erti kebersamaan.Perjalanan ini tidak boleh dihadapi berseorangan.Ia memerlukan kebersamaan.Apabila sakit tidak boleh dipendam.Apabila senang perlu dikongsi bersama.

                                             ***

SYABAB betul-betul luar biasa.Tarbiyah SYABAB betul membekas dalam hati.program yang berlangsung 3 hari 2 malam itu menterjemahkan realiti kehidupan sebagai seorang ahli hamalatul alquran yang menggabungkan diri dengan IQRaC atau nama panjangnya Intelectual Quranic Generation Club.Sebuah organisasi yang dijadikan sebagai medan untuk melahirkan huffaz yang berintegriti intektual,bersifat ummatic dan berfikiran jauh.Ahlinya terdiri daripda pelajar program persijilan yang akan menyambung asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Apa yang pernah aku dengar sebelum masuk ke DQ,alumni IQRaC bukan calang-calang orang.Kebanyakan terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang SPM di Malaysia dan bukan sedikit keluarannya yang menjadi
pimpinan kampus dan figura hebat dalam masyarakat.Menjadi sebahagiannya memang merupakan impuan besarku sejak masih di tingkatan 3 dan kini ia menjadi kenyataan.Yang tinggal hanya aku yang perlu mencipta sejarah hidup yang paling mahal dalamnya.

                                             ***

Jangan takut jatuh kerana yang tak pernah memanjatlah yang tak pernah jatuh
Jangan takut gagal kerana yg tak pernah gagallah yang tak pernah melangkah
Jangan takut salah, kerana kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan baru dan cari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

-HAMKA-

Terus qowiy ya!!^^

Satu mesej ringkas diterima pada pukul 3.30 pagi.Siapakah penghantarnya?nombor yang tidak dikenali.Aku tidak memikir panjang dan terus menyambung tidur yang terganggu.Tepat 4.15 pagi aku terjaga semula.Diri terasa berat untuk memulakan hari baru.Tambah-tambah lagi apabila melihat sahabat sebilik masih enak diulit mimpi.

"Allahu akbar!aku menarik selimut daripada badan dan membuka lampu bilik.Sinarannya menyakitkan biji mataku.Setelah membersihkan diri dan berwangian-wangian aku menghamparkan sejadah kecil yang berwarna hijau tua di satu ruang bilik.Paling kurang 2 rakaat solat sunat perlu dilakukan sebagai pembuka tirai hari baru.

                                       ****

"Izzah,esok awak kene hantar 5 muka pada ustazah sebagai ganti modal hari ni yang tak cukup,"pesan ustazah seusai aku menyalaminya  dan mencium tangannya.

"Minta maaf ustazah,esok ana akan cuba untuk jadi orang pertama yang hantar,"aku membalas dengan penuh malu.

Malu kerana tidak buat yang terbaik hari ini.Malu kerana tidak berjaya membahagiakan ustazah hari ini.Cara apa lagi perlu aku guna?Semuanya seperti tidak sesuai.Buntu.Kecewa.Hatiku gelisah.

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar-Rad:28)

Aku menyejukkan diri dengan air wudhuk lalu sujud menunaikan dhuha walaupun waktu dhuha sudah tua.Aku melepaskan semuanya didalam sujud terakhir."Ya Allah,tunjukkan aku jalan keluar dan jadikan aku hamba yang bersyukur".


TRAVELOG IQRAC                                                             # BAB 1
     Petang indah disuluhi cahaya mentari yang sederhana ditambah dengan angin sepoi-sepoi yang memukul muka.Aku bersama insan yang banyak berjasa dalam hidupku  meluncur laju menaiki kereta meredah kesesakan Bandar Sungai Petani untuk ke toko buku yang tak asing lagi bagi warga di sini,iatu Hasani.Sudah menjadi kezaliman pada setiap hujung tahun akan diadakan jualan mega yang menawarkan potongan habis-habisan bagi semua pencinta buku di bandar ini.Aku salah seorang yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.Masakan tidak,jika hendak ke pesta buku antarabangsa di  Kuala Lumpur memerlukan kos yang tinggi dan tidak setimpal buat warga yang tidak menetap di Lembah Klang seperti kami.
“Ayah,tahu tak tempat-tempat yang  menyediakan peluang untuk menghafal al-quran sekitar sini?”.Aku memulakan bicara untuk memecah kesepian.“Oh,ada lah tahu satu dua tempat,kenapa?teringin nak menghafal?”.Beliau menyoal kembali sambil memandang tepat wajah anak perempuanya.
“Ya ayah,Izzah teringin sangat”.Jawabku ringkas.“Ok,nanti abah akan cuba tanya pada kawan-kawan abah yang ada pengalaman menghantar anak ke pusat tahfiz”.Beliau membenihkan harapan dalam diriku sambil matanya ligat memerhatikan lampu isyarat yang bila-bila masa sahaja akan bertukar hijau.
“Alhamdulillah”,aku mengukir senyuman.
Sudah seminggu peperiksaan SPM berakhir,sudah seminggu jugalah aku telah meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar sekolah.Sehari sejurus selepas SPM selesai sehingga kelmarin masaku padat diisi dengan program-program seperti daurah dan rehlah yang dianjurkan para murabbi sekolah lamaku.Mereka seolah-olah dapat merasakan bahawa jiwa-jiwa kami amat dahagakan pengisian dan tauhijat setelah sekian lama berhempas pulas mengerahkan tenaga untuk  peperiksaan terbesar dalam alam persekolahan.Kini tiba pula masanya untuk aku berkhidmat kepada kedua ibu bapa di rumah dan mengisi celah waktu terluang untuk membaca buku-buku yang sudah lama tak terusik dalam almari.
Di samping itu,aku juga telah mengatur beberapa agenda agar cuti panjang ini tidak terbuang begitu sahaja.Perkara paling utama dan pertama ialah aku menekadkan diri mahu menghafal al-quran,kalau tidak dapat 30 juzu pun tidak mengapa.Asalkan ada sebahagian daripadanya yang dapatku pegang.Hasrat ini telah lama ku simpan diam-diam dalam hati.Namun,hingga kini aku belum menemukan peluang itu.
Jika diingatkan kembali aku hampir dapat menunaikan impian ini kerana  telah layak mengikuti satu temuduga bagi pengambilan pelajar pensijilan Darul Quran-UIAM yang diadakan di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat,Alor Star  kira-kira dua bulan yang lalu.Namun mustahil,sangat mustahil untuk  berjaya melepasi saringan ini.Cuba bayangkan masa yang diambil untukku menjalani temuduga bersama panel UIAM  tidak sampai 2 minit.Hal ini gara-gara aku meletakkan kos ilmu wahyu sebagai kos pilihan pertama jika mahu melanjutkan pelajaran di universiti yang wujud daripada hasil gagasan idea Tun Dr Mahathir itu.
“Maafkan saya,jika saudari ingin melanjutkan pelajaran ke UIA dalam bidang pengajian islam,saudari boleh mohon melalui UPU selepas mendapat keputusan  SPM yang sebenar”,suara lembut panel tersebut  bergema menenuhi ruang bilik temuduga tersebut.
Aku terdiam.
Ya, aku sudah maklum program ini diwujudkan bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran bagi kos sains sahaja tapi apa salahnya mencuba nasib?.Malah ketika ujian menghafal tadi sudah ku lakukan sebaik mungkin.Tak mengapa,setidak-tidaknya hari ni aku dapat merasai pengalaman ditemuduga,aku cuba memujuk diri yang sudah diselubungi rasa kecewa.
Sejak dari saat itulah aku telah berusaha untuk melupakan hasratku untuk ke Darul Quran,biarlah impian itu dibawa terbang jauh dari kotak fikiranku.Tapi ini bukanlah bermakna cita-cita untuk menghafal alquran ini harus aku lupakan.Aku akan terus mencari peluang demi peluang untuk mengukir kalimah-kalimah tuhan dalam hatiku.
 Rasulullah tidak meninggalkan harta atau jaringan perniagaan yang menguntungkan mahupun banggunan mewah yang boleh dibanggakan  bahkan masjid yang dibina baginda di Madinah sahaja atapnya diperbuat daripada pelapah tamar,lantainya hanya beralaskan tanah dan apabila hujan,air  akan menitik jatuh atas badan para sahabat.Apa yang Rasulullah tinggalkan?Tidak lain dan bukan hanyalah al-quran.Bukanlah al-quran dalam bentuk mushaf atau buku tetapi al-quran yang telah diukir ke dalam hati-hati assabiqunal auwalun,para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Jika zaman rasulullah islam dapat sampai ke dua tanah suci dan kawasan yang berdekatan dengannya,pada zaman para sahabat islam dapat diterima hampir ke seluruh tanah arab.Mereka telah 'ditrain’ oleh Rasulullah dengan al-quran.Kejayaan itu ialah hasil daripada usaha mereka merealitikan dan membumikan ajaran dan idea al-quran dalam segenap sistem dan kehidupan.
                          …………………………………………………………………
Sausana ketika itu damai.Hati benar-benar di sapa kebenaran-Nya.Terasa benar diri ini akan kekerdilan seorang hamba.Dia telah menciptakan pulau yang indah ini.Dia juga mewujudkan air laut yang biru menenangku bila melihatnya lantas membuai jiwaku tenang.Dan bibir terasa ringan menuturkan tasbih memuji kebesaran-Nya,yang menciptakan segalanya.
Sudah lama rasanya aku tidak bermusafir bersama keluarga tambah-tambah lagi sejak memasuki asrama kerana setiap kali waktu cuti menjelma pasti  perlu aku korbankan masa tersebut untuk mengikuti kelas tambahan di sekolah.Kini aku berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi bersama mereka.Walaupun dibesarkan di Kedah namun inilah kali pertama aku sampai ke sini,percutian ini akan aku manfaaatkan untuk menggarap semaksimumnya ibrah yang dihidangkan tuhan bagi makhluknya yang mahu berfikir.
Sedang aku leka membawa diri kembali ke zaman Mahsuri yang terkenal dengan kisah lagendanya  tiba-tiba  lagu Stand up yang dialunkan oleh Muaz Zulkifli  kedengaran nyaring dari kocek baju.Ini  membawa petanda bahawa ada mesej yang sampai ke telefon pintar milikku. “Siapa yang telefon?”,adikku yang bongsu bertanya.“Bukan panggilan telefon tapi mesej sahajalah”,jawabku malas.
Tanpa membuang masa,aku menekan butang on untuk menyalakan  papan skrin dan membuka mesej tersebut.Hampa,yang timbul hanya mesej daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan hadiah-hadiah percuma jika kita melanggan perkhidmatan mereka.Belum sempat lampu skrin terpadam,telefonku kembali berbunyi.Satu mesej lagi telah masuk.
“Tahniah izzah!awak berjaya temuduga dan diterima masuk ke Darul Quran”.
Aku berulang kali membaca mesej tersebut bagi memastikan apa yang dibaca tadi benar-benar betul.Terasa darah yang sedang mengalir dalam tubuh seakan-akan berhenti.Aku kelu seketika,pemandangan indah pulau lagenda yang berada di hadapan mata seakan sudah tidak berjaya menarik minatku lagi.Aneh,mimpi apakah ini?
“Ibu,ijah dapat Darul Quran,..tapi macam mustahillah,ibu sendiri tahukan waktu temuduga hari tu ijah macam mana”,aku meluahkan isi hatiku.
Beliau memberikan senyuman kepadaku sambil berkata,
“Allah percaya ijah boleh bawa 30 juzu sebab itulah dia beri peluang ni,izinkanlah diri untuk ditarbiah di sana”.
Aku terdiam sambil memikirkan kata-kata ibu.Sungguh terlalu dalam maksudnya bagiku.Peluang yang hampir luput dari ingatan tiba-tiba timbul kembali menunjukkan diri membuatkan diriku tidak berhenti berfikir.Perasaan bercampur baur.Cita-cita yang telah lama diimpikan bagai menunjukkan jalan dan haluannya
Mood percutian bersama keluarga ke sini seakan-akan berubah,ibu bapaku mula sibuk mengatur perancangan bagi menyediakan segala keperluan surat-menyurat yang diminta oleh pihak Darul Quran  kerana tarikh kemasukan tidak sampai tiga minggu sahaja lagi.Sehinggakan sebahagian barang-barang keperluan untukku ke sana telah siap dibeli sebelum kembali ke rumah.
Hakikatnya dari hati yang dalam tidak dinafikan ada sahaja bisikan-bisikan jahat yang cuba untuk menguasai diri, “Kau rasa kau mampu?yakin ke kau boleh habiskan 30 juz? tak takut ke nanti kau akan menggalas tanggunjawab yang lebih besar?”.Namun sedaya upaya aku cepat-cepat menepisnya dengan mengembalikan kepercayaan kepada Allah.Barangkali aku terlalu menilai sesuatu keberhasilan dengan bergantung pada usaha yang dilakukan sehingga lupa kebergantungan kepada Allah.
                                     ……………………………………………………
“Hendaklah kalian memberikan hak kepada mata kalian untuk beribadah.Kemudian para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,apakah hak mata dalam ibadah?”Baginda menjawab,memandang mashaf(al-quran),berfikir tentangnya dan mengambil pengajaran pada keajaiban-keajaibannya”
                                                                   (riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya dengan sanad dhaif)
Keterikatan al-quran dan seorang mukmin itu sangat dekat.Bahkan Hasan Al-Banna Rahimullah sendiri telah menetapkan agar para ikhwan membaca paling kurang satu juzu’ dalam satu hari sebagai kewajipan pertama dalam empat puluh tuntutan  bagi seorang al-akh al-mujahid.Iatu orang-orang yang telah berbaiah   untuk menyumbangkan seluruh hidup untuk bekerja demi islam.Impaknya,gerakan yang dipimpin beliau masih bertahan sehingga kini walaupun telah melalui pelbagai mehnah dan sejarah yang rencam.
                                       …………………………………………………
Hari ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Darul Quran Jakim,jika 6 tahun dahulu sebagai pelajar sekolah yang datang melawat,hari ini sebagai pelajar baru yang akan mendaftarkan diri.Tarikh 6 Januari 2014 pasti akan menjadi sejarah hidup bagi aku dan insan-insan lain yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke bumi barakah ini.
Kedatangan aku sekeluarga disambut oleh beberapa orang senior yang ramah dan murah dengan senyuman.Mereka tidak lokek berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang di Darul Quran dan menerangkan perjalanan hari pendaftaran tanpa diminta.Semoga Allah membalas budi baik mereka dengan sebaik-baik ganjaran.
Daripada proses pendaftaran,perasmian,ikrar,simbolik penyerahan pelajar kepada Darul Quran sehinggalah check in asrama semuanya telah selamat aku lalui.Kini tiba masanya,untuk semua ibu bapa untuk pulang ke tempat asal masing sama ada ke utara,selatan,pantai timur atau hanya di sekitar Lembah Klang.Tidak terkecuali ibu bapaku,tak putus-putus nasihat yang diberikan sebelum anak perempuan mereka ini ditinggalkan.
Dari jauh aku memerhatikan kereta hilang daripada pandangan mataku.Tanpa disedari air mataku bertakung di kelopak mata lalu jatuh ke pipi.Bukan kerana takut rindukan mereka tetapi kerana sedar ada amanah besar sedang digalas belakangku yang memerlukan mujadah yang tinggi.

         KELUHAN YANG MENGGERAKKAN.

   Beg coklat gelap yang dibeli sewaktu dalam perjalanan pulang dari ibu kota ke negeri jelapang padi suatu ketika dahulu dilepaskan ke kerusi. Badan segera dihenyakkan ke atas tilam demi melepaskan lelah selepas beberapa jam keluar ke salah satu gudang daripada gudang-gudang ilmu yang wujud di bumi Isa alaihissalam ini. Kepala berkira-kira bajet belanjawan peribadi bulan ini,nampaknya terpaksalah menahan diri dahulu daripada membeli barang-barang keperluan yang baru disenaraikan semalam di samping meminimumkan perbelanjaan kerana tempoh untuk sampai ke hujung bulan masih jauh. Perlukah aku mengeluh atau bersyukur?

   Nun jauh beribu kilometer di negara tanah air tercinta GST telah selamat dilangsungkan dalam sendi-sendi perniagaan dan perindustrian. TPPA hanya menunggu masa untuk dibahaskan di parlimen yang dijangka Januari depan. Kenyataan mengejut oleh Dewan Negara tentang kelulusan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan(MKN) menunjukkan tanda-tanda negara sedang menuju ke arah kediktatoran. Tidak cukup dengan itu,nadi utama warga marhaen di Lembah Klang seperti monorel,LRT dan sebagainya juga direnggut dengan kenaikan harga berkali ganda.

   Seiringin dengan itu di sisi yang lain,wujud suara balas yang tidak jemu-jemu mengangkat sepanduk saban minggu di hadapan SOGO bagi menyatakan ketidaksedudukan mereka dengan agenda pemerintah. Manakala di alam maya timbul kumpulan-kumpulan kolektif yang aktif menuang deretan penerangan tentang mafsadah tindak tanduk golongan atasan pada rakyat. Dan tidak sedikit juga yang masih bergoyang kaki tidak endah peduli. Selagi perut mereka tidak berasa terancam daripada tidak diisi setiap hari kezaliman besar mana pun tidak akan menjadi urusannya. Sukar sekali rasanya cita-cita ustaziatul alam yang selalu didendangkan dalam halaqoh-halaqoh kecil dapat menjadi realiti jika melihatkan kejelikkan sistem masa kini.


   "Perlukah aku mengeluh atau bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih bebas beribadah dan mengamalkan suruhan agama yang lain?."Lagi sekali soalan itu menerpa.

 'Adanya seperti tiada,' komen seorang figura negara apabila ditanya tentang aktivisma mahasiswa hari ini. Tidak dinafikan belakangan ini sudah ada ikon-ikon mahasiswa yang bangkit dalam menyampaikan idea-idea reformasi atau lebih tepat bersuara mendapatkan hak mereka tetapi ia belum cukup untuk membina satu gelombang perubahan ditambah pula kesedaran ini bersikap berpusat di kampus-kampus sekitar ibu kota.

   Masyarakat yang ditindas tidak akan terbela melainkan perlunya jiwa-jiwa yang sedar sebanyak mungkin. Generasi yang ingin dicetak ialah generasi yang kefahaman tauhidnya jelas,akhlaknya halus kepada sahabat mahupun musuh,pekung thaqafahnya diisi setiap hari dan mereka mempunyai sensitiviti yang tinggi tentang segala yang berlaku terhadap polisi negara,agama dan hal dunia. Mereka berpencak dengan sebaiknya sewaktu di alam universiti dan bakal keluar membumikan ilmu dan pengalaman kepada masyarakat.

  Tetapi cita-cita ini perlu dimulakan daripada mana?mata tidak dapat dipejam sepatutnya aku sudah lama terbuai mimpi memandangkan keletihan sedang membalut diri. Aku tidak dapat berhenti berfikir.

  Sheikh Abu Hasan Ali An-Nadwi pernah berkata perubahan yang paling 'sustain'  bermula dengan ilmu. Walaupun mengambil masa yang lama dan memakan puluhan tahun tetapi perubahan yang dimulai dengan ilmu lebih bersifat realistik dan bertahan lebih lama bukan sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malahan jika dilihat setiap tamadun yang pernah berada dikemuncak tertinggi dibelakangnya wujud para cendiakawan yang menjadi tulang empat kerat bagi empayar tersebut.

 Aku jadi teringat empat garis panduan awal untuk melahirkan generasi yang berintegriti.Ia dicatat oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia,Tuan Jufitri Joha dalam kerta kerjanya yang bertajuk Mahasiswa Huffaz antara Citra Intelektualisme dan Misi Rahmatan Lil'alamin. Pertama dan utama ialah membina skil pembacaan. Bahan bacaan yang dimaksudkan tidaklah hanya terhad kepada buku-buku haraki daripada Syed Qutb dan Hasan Al Banna sahaja tetapi perlu juga pendedahan kepada karya yang bertenaga tinggi dari dunia islam,barat dan melayu. Keduanya ialah mempertingkatkan skil pemikiran kritis yakni berupaya membandingkan sesuatu karya dengan karya lain yang bertentangan dengannya. Selain itu mampu mengaitkan apa yang dibaca kepada realiti semasa lalu mampu membuahkan idea-idea solusi yang diperlukan.

   Ketiga,mempelajari skil kepemidatoan supaya idea-idea yang hendak diberikan dapat disampaikan dengan bahasa yang diyakini dan difahami oleh masyarakat. Yang terakhir ialah skil penulisan. Beliau menyarankan agar melazimi diri untuk menulis seminggu sekali supaya dapat menjadi kebiasaan. Penulisan ialah medan yang penting untuk menjadi seorang jurubicara ummat,cuba bayangkan Dr Muhammad Abu Bakar berjaya menghasilkan buku  Mahasiswa Menggugat sewaktu masih di alam universiti lagi manakala Soe Hok Gie mampu meluaskan pemikirannya di Indonesia melalui tulisan   sahaja kerana beliau bukanlah seorang yang begitu popular sewaktu hidupnya.

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri"
(Ar-ra'd:11)

  Manusia tidak dapat melepaskan diri daripada mengeluh termasuk aku. Saban hari manusia mengeluh dengan bermacam-macam asbab dan masalah. Hanya mereka bijak yang akan memanfaatkan masa dan kudrat untuk membuat perubahan. Sedangkan aku masih muda,remaja dan bebas untuk bergerak. Cuma yang masih diperlukan ialah suntikan keberanian. Berani untuk benar.

Glosari
GST:Good Service Tax
TPPA:Trans Pacific Patnership Agreement
sustain:kekal,terpelihara
Perempuan yang berlari.

Tittle wanita mungkin sudah perlu diambil auranya sekarang memandangkan umur saya sudah menghampiri dua dekad.
Dan pada umur sebegini saya kira saya perlu semakin serius untuk mengambil berat tentang peran-peran wanita samada dengan cara menelusuri kehidupan sosok-sosok wanita pengubah dunia,mengembangkan potensi diri yang terbeku mahupun dengan mengamati isu-isu global tentang wanita masa ini. Hal ini kerana, mana mungkin generasi harapan akan lahir dari perut ibu yang tidak membina harapan dan impian.

Saya antara anak muda yang tidak ketinggalan dengan kepesatan serta kecanggihan laman sosial di alam maya dan ketika pada hari wanita sedunia tempoh hari, seperti biasa wanita-wanita dirai dengan penuhnya rantain-rantain nasihat mahupun kalimat-kalimat penghargaan di ruangan facebook,wsap dan sebagainya. Saya lalui hari tersebut dengan agak bersemangat dengan membaca mesej-mesej berkenaan pada awal hari dan meninggalkan sebahagian yang lain begitu sahaja apabila berpuluh-puluh mesej yang sama masuk.

 Saban tahun seperti itulah fenomena yang berlaku, sesiapa yang sedar akan mengambil semangat hari bertarikh 8 Mac ini dan menukarkannya kepada satu daya tajdid pada diri sendiri manakala yang sebaliknya akan meraikannya dengan retorik ataupun atas asbab dia itu perempuan semata-mata. Lalu tiadalah keinginannya untuk mengubah diri sendiri apatah lagi umat manusia.

Tetapi saya amat yakin kebanyakan perempuan ataupun wanita zaman sekarang ini baik-baik dan mahu berlumba-lumba ke arah kebaikan tetapi telah timbulnya beberapa perkara  masalannya masalah inferiority complex yang telah menyebabkan diri mereka kembali rasa terpenjara lalu kembali membekukan diri daripada mencetuskan sebarang perubahan.

Kadang-kadang mereka itu bukanlah orang biasa-biasa,boleh jadi berlatar belakangkan pendidikan agama (baca : Islam) yang kuat sejak kecil tetapi apabila diminta untuk memimpin jamaah solat sesama jantina pun ditolak sehabis dayanya. Maka lahirlah hero-hero jadian yang hanya hebat bersuara tentang dakwah,usrah,tamrin di facebook tetapi hakikatnya tidak seperti tuan badannya.

Mereka ini berpotensi dan berakhlak, tetapi cuma perlu disuntikkan lagi semangat dan keyakinannya supaya golongan ini setidak-tidaknya dapat mengisi kelompangan yang berlaku dalam institusi pendidikan dan kekeluargaan yang semakin hari semakin meranap.

Wanita hari ini tidak boleh lari daripada pentas ilmu. Walaupun masih sukar untuk melihat wacana-wacana ilmiah hari ini dipelopori oleh panel-panel wanita rata-ratanya tetapi percambahan minat kearah budaya ilmu dalam kalangan wanita khususnya mahasiswi dilihat semakin meluas di kampus- kampus utama. Perubahan iklim atau trend pembacaan juga sudah menunjukkan bunga-bunga perubahan daripada tema cinta cintun kepada  yang lebih realistik.

Wanita juga tidak terpisah daripada soal emansipasi. Pasti ada sahaja pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan suara-suara sumbang dan menunding jari ke arah dasar Islam sebagai asbab atau seteru dalam menuntut hak ini terutamanya dalam bab pembahagian harga,poligami dan sebagainya.

 Maka di sinilah titik kesinambungan antara para asatizah dan para profesional terutama di bidang sains perlu diwujudkan. Mereka sebolehnya duduk bersama dalam usaha mencerahkan masyarakat tentang adilnya ketetapan syariatullah dan sunnatullah. Hal ini kerana masih banyak perbahasan yang kita sendiri masih terperangkap dalamnya tidak lain dan tidak bukan yang berpunca daripada kejahilan masyarakat atau ilmuwan itu sendiri.

Kita mungkin tidak perlu beraksi setegar Cut Nyak Dhein dalam mengangkat senjata ataupun sekuat Marie Curie dalam menahan penyakitnya kerana ujian kita berbeza dengan mereka. Cuma sikap mereka yang perlu dipasakkan dalam diri kita.

Wanita yang tahu peranan diri akan berlari dan berlumba-lumba ke arah kebaikan dan pengislahan.


Selamat Hari Wanita Sedunia!

Afifah Ali, Kaherah.



















PESAN MAK LONG.

Boleh dikatakan Mak Long antara veteran yang 'one in a million'. Ceritanya semalam,semua pakat ditikam habis-habisan. Keberadaan sosok kecil ni  memang rugi kalau kita tak pergi menadah ilmu dan pengalaman sebanyaknya.

Mak Long bertanya kepada kami semua, apa fungsi kamu?dan apa yang  sedang diperjuangkan? Cuba ceghita sikit (mak long guna loghat Kedah)
Kami memberi laluan orang yang paling berautoriti untuk menjawab dan jawapan diberi dengan yakinnya di samping menceritakan beberapa masalah yang dihadapi disini.Mak long memulakan provokasinya dengan mempamerkan muka hairan.Dia pelik kenapa kami fokusnya hanya untuk perkara sekecil itu. Tengah2 mak long bercakap aku ada membuat beberapa cubaan untuk mencelah kerana aku fikir mak long mungkin kurang faham keadaan sekarang,memandangkan mak long belajar di sini waktu tu 30-40 tahun yang lalu. Tapi lama-lama aku mula nampak apa yang dia ingin sampaikan,jadi baik aku duduk kaku dan dengaq ja.

Kata mak long,

Perbezaan pendapat sesama manusia hanya berpunca daripada 3 benda. Samada aqidah,syariah,tasawuf.

Selagi mana aqidah kita masih sama jangan dibesarkan masalah2 furu' dan khilaf kecil(baca:syariah). Uruskanlah perbezaan itu baik dan berhikmah tanpa mengangkatkan perbezaan dalam pengamalan syariah itu seolah-olah perbezaan dalam beraqidah. Dan kalau pengamalan syariah kita juga telah sama yakni seperti nabi ajarkan, jangan benarkan sifat ananiah(individualism) pula menguasai diri. Ya disini ilmu tasawuf berperanan besar. Mak long cakap dia belajar benda ni daripada Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam. Mak long ni jawatan besaq pun sempat lagi pi mengaji dekat dua tiga tok guru tau.

Macam mana nak bersihkan hati daripada ananiah ni.Disamping istiqomah dengan amal2 fardi,cara lainnya ialah belajar bahasa. Mak long bacakan syair Imam Syafie pada kami. Kalau betul2 hayati bahasa syair ja pun dah mampu buat kita termuhasabah apatah lagi bahasa alquran. Sebab tu mak long suka bahasa arab,habis semua istilah balaghoh keluar semalam. Bahasa bukan hanya penting sebagai ilmu alat tapi juga sebagai tazkiyatun nafs.

Kata mak long lagi,

Jangan ambil kisah perbuatan buruk yang orang lakukan pada kita. Lepaskan pandangan2 buruk. Sentiasalah  matang dalam melayani orang2 yang berusaha menyusahkan hidup kita. Mak long bawak keluar cerita2 lama dia melayani birokrasi orang bawahan sebelum bersara,memang buat semua terpana.

تفكر الساعة خير من قيام ليلة

Berfikir sebentar lebih baik daripada solat malam

Dengan berfikir kita mampu mencapai hikmah dan hidayah.Tapi berfikirlah pada ciptaan tuhan bukan pada zatnya. Tambah mak long.

Last sekali,mak long ceritakan kepada kami tentang arwah pak long. Tak kurang hebat sumbangannya kepada pendidikan di Kedah dan katanya pernah tidur sebantal dengan seorang negarawan yang memperjuangkan hak rakyat dan sekarang di dalam penjara. Mudah mudahan pak long bersama orang2 baik.

Semoga mak long terus kuat untuk pergi pengajian,habiskan hafazan alquran,dan mengajar kawan2 mak long yang lain di tanah air.

24 Februari 2016

Saturday, 7 November 2015

DARI DILEMA MENGATUR GERAK.

Pesanan awal,coretan ini bukan berbentuk ilmiah,ia hanya sekadar bebelan dan luahan daripada seorang perempuan biasa.

"Membangun untuk membumikan."

Ada beberapa orang sahabat disini menegur dan  bertanya  tentang maksud ayat tersebut memandangkan saya jadikan ia sebagai status di salah satu laman sosial.Seperti biasa,saya akan mengambil sedikit masa untuk menjawabnya walaupun otak sudah bersedia untuk menghulurkan jawapan dan pandangan(memang habitnya begitu.hehe).Ia cuma tercetus setelah mengalami beberapa fasa yang memerlukan saya untuk membuat pilihan besar(baca:dilema atau bahasa masyhur di DQ ialah taradud).Pilihan-pilihan ini menyebabkan saya  tanpa sedar menjadi seorang yang semakin berani,saya cuba bertanya kepada orang yang ahli dan juga pada orang yang saya sudah arif bakal mengkritik dan memberi tentangan.Dan proses memilih itu memang menyakitkan.

Mungkin boleh dikongsikan salah satu pilihan yang dialami,iatu semasa ingin membuat keputusan mahu meneruskan langkah ke UIAM atau ke AZHAR.Persepsi demi persepsi mengikut kecenderungan telah terbina saat perbincangan dan proses timbang tara dilakukan.Tidak dilupakan sebagai muslim sudah pasti tiada tempat yang lebih tinggi untuk kita minta dorongan selain daripada tuhan yang-ESA.Berbekalkan keyakinan dan persepsi2 itulah saya memilih untuk berada di tempat sekarang.Ternyata persepsi2 itu tidak rigid.Kita berhak dan berkuasa untuk merobahnya kepada satu daya yang lebih hebat seperti yang pernah dialakukan oleh si anak kecil Gitta Sassa dalam buku Surat Kecil Untuk Tuhan.Gadis berumur 13 tahun ini mengalami kanser ganas paling mematikan di dunia dan dia memilih untuk menjalani rawatan kemotrapi yang akan memberi kesan2 sampingan yang besar pada batang tubuhnya.Dia memilih untuk tidak menyerah kalah walaupun saat dia memilih itu dia sudah berada di kemuncak kekecewaan dan putus asa.Berkat kecekalannya dia beransur pulih dan boleh bersekolah kembali seperti biasa walaupun selepas itu berlaku beberapa serangan kanser lagi(semoga ALLAH memberkahinya).

Pilihan-pilihan yang mempunyai keyakinan tertinggi itu perlu kita bangunkan dengan gerak-gerak yang terancang.Gerak yang diberi nafas hamassah dan himmah yang tinggi menjulang kerana hakikatnya kita perlu membumikan pilihan itu supaya manfaatnya boleh diberikan sesama makhluk tuhan yang lain.Jangan hanya pandai beretorik dan memuntahkan kata-kata tanpa pemanifestasian kerana orang-orang sebegitu sudah ramai jangan ditambah lagi bilangannya.Jangan takut salah kerana salah akan menambah pengalaman baru dan cari jalan benar pada langkah kedua.Saya memikirkan hidup perlu sentiasa disibukkan kerana saya percaya orang yang bersenang-senang pada hari tuanya akan mendapat segunung penyesalan.

Sudah dijangka tempoh di sini saya akan mengalami keterbatasan(minat,duit,pergerakan dll) namun ternyata pada masa yang sama saya menemui pintu-pintu lain yang boleh dimanfaatkan semaksimumnya.Pola pemikiran kita menentukan bagaimana mahu bersikap dengan circle circumference masing2 dan perkara tersebut perlu dilakukan dengan bijak.Menurut Hamid Algar kebanyakan cendekiawan dan tokoh-tokoh yang ditangkap menganggap penjara sebagai 'the opportunity  to reflect on past struggles,to review theories and strategies,to deepen and sharpen their insight,to plan and reorganize".Said Nursi sendiri telah menganggap penjara sebagai 'Sekolah Yusuf' ketika ditahan di bawah pemerintahan Pro Kamal Atartuk.Tiada yang mustahil.

Tempoh berehat selama satu tahun setengah di bumi barakah saya diizinkan untuk untuk berkenalan dengan sahabat dan senior yang majoritinya bakal mengisi ruang2 koperat dan profesional negara dan sekarang saya dikelilingi dengan sahabat2 yang bakal menggantikan para asatizah negara.Sedikit perbezaan yang dirasai itu saya telan pelan-pelan.Sudah banyak yang saya belajar daripada mereka yang dulu dan sekarang.Setebal manapun rindu pada yang lama,saya cuba jadikan ia rindu yang menggerakkan bukan yang melumpuhkan.Jadikan pilihan-pilihan dalam hidup itu suatu momentum yang berguna.Selamat memilih!

8/11/2015

KUMPULAN CERPEN SURIA BAGHDAD BERWARNA BIRU(NAZMI YAAKUB)

TERBITAN:ITBM

Baghdad,palestin,mesir,malaysia

4 tempat yang menjadi rangka penceritaan cerpen2 yang telah dituangkan penulis.kumpulan cerpen yang mempunyai situasi watak yang agak berbeza tetapi seolah olah mempunyai mesej yang sama ingin disampaikan iatu tentang keamanan dan kebebasan.kebebasan tanah air,kebebasan berfikir dan kebebasan untuk menegakkan kebenaran.
Yang lebih menarik setiap inci penjelasan akan diselitkan dengan fakta2 sejarah politik dan juga fakta2 sains biologi.Inilah kelainan yang terdapat pada buku ni yang jarang terdapat pada buku2 lain.
Penulis yang pernah mendapat pendidikan di kolej islam Klang ini bijak mendidik pembaca supaya mencari kewarasan di sebalik pewarnaan hitam-putih dunia.Kebijaksanaan sering dia dahulukan sebelum tafsiran melulu dimuntahkan.Hasilnya serba sedikit tafsiran warna sebenar dapat kita amati dalam pelbagai latar kemanusiaan dalam dunia melalui buku ini.

**'Jentaka dari langit yang meledakkan Al-Shaab 26 Mac itu mengubah warna suria pada pandangan Salman daripada kuning keemas-emasan kepada biru.Kelongsong berapi yang terlepas dari muncung senjata tentera penceroboh kali ini menjadikan suria dalam lukisan itu lebih benar dan lebih pedih.
Haruskah saya belajar memahami apa yang berlaku lewat kepedihan?
Saya memandang langit dan melihat suria.Tuhan,suria Baghdad benar2 berwarna kuning keemasan.Saya pejamkan mata dan perlahan-lahan tetapi suria Baghdad dipenuhi titik2 biru.
Salman,kita berkongsi pandangan suria Baghdad berwarna biru! '

#ulasanbuku7



MEMBURU KESEPIAN DI BUMI GEORDY(DR MASZLEE MALIK)

"Jika ada kepingan impian atau serpihan memori silam sematkan dalam satu lipatan kerana semua itu ialah sumbu kepada sebuah harapan"

Buku terbaru daripada beliau.

Daripada al bayt jordan sehinggalah ke bumi Durham.Bacaan santai tetapi sarat dengan ibrah.menelusuri coretan penulis yang menilai cara hidup manusia lain bukan hanya sebagai budaya dan adat utk diperhatikan tetapi mengangkatnya sebgai teladan utk dicontohi dan dimuhasabahkan sebagai seorang muslim.
Travelog ini bukan travelog biasa2 kerana ia telah membuka kembali lembaran sejarah sebuah komuniti islam yang bersusah payah membenihkan budaya islam di sana.ianya disebabkan penulis merupakan generasi pertama yang dihantar ke UK utk melanjutkan pelajaran agama islam atau lebih khususnya utk mengkaji aktiviti2 orientalis.buku ini juga padat dengan info2 menarik seperti sejarah aljazeera,kegiataan syiah di barat dan juga usaha2 yahudi dalam membantah kegiatan israel ke atas bumi palestin.sangat tidak rugi membacanya kerana akhirnya anda akan terasa seperti baru keluar bermusafir dari bumi Durham.

#ulasanbuku6
#pecutanramadan



ALIM LAM LAM HA (KRU UTAM)

Menyesakkan dan tergantung.
Boleh kata hanya sekitar 40-50 peratus sahaja yang dapat difahami daripada buku ini.Iya pantaslah bagi orang yang masih dilevel bawah.Frasa demi frasa yang asing menguasai separuh daripada ayat2 di dalamnya.buku yang diluncurkan oleh 15 anak muda yang terdiri daripada penggerak utama Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM) ini sangat rare.kalau LA ADRI mengumpulkan pelbagai kisah daripada seorang penulis,tetapi buku ini hadir dengan variasi tajuk dan terdiri daripada orang 15 penulis(2 daripadanya bekas dQ) yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.kombinasi yang sangat ditunggu-tunggu.

»Pengenalan UTAM
Bermatlamat utk membudayakan ilmu,memperbanyak khazanah keilmuan dalam Bahasa Melayu serta memperkukuh demokrasi serta rakyat di Malaysia.
Kru UTAM terdiri daripada mahasiswa Malaysia di UK,Amerika Syarikat,Jordan,Arab Saudi dan Malaysia yang aktif membuka kuliah mingguan dan ruang diskusi ditempat masing2.

Jika buku2 lain kita dapat mengagak apakah ending dan konten yang hendak disampaikan wp bacaannya belum dihabiskan tetapi tajuk2 di dalam buku ini pengakhirannya merupakan pengakhiran yang tidak terduga.anak2 muda ini memuntahkan idea mereka dengan cara tersendiri dan unik.contoh2 dan analogi2 aras tinggi ditaburkan bagi memudahkan pemahaman pembaca(memang makin x faham,haha).mungkin kita sudah terbiasa dengan contoh2 seerah atau dalil alquran yang sudah banyak kita temui dalam bahan bacaan yang lain.oleh sebab tu kot,tiba2 terasa janggal dengan nama2 figura barat yang sering diulang ulang oleh penulis seolah mereka sudah sangat kenal dengannya.setiap buku ada sisi emasnya,dan pada buku ini sisi yang dapat dilihat ialah kekuatan para penulisnya.mereka mempunyai satu jiwa.iatu berani berbeza dengan kebanyakan orang dan bersifat kritis pada kebiasaan yang sia2.ianya perlu dipuji namun harus ada satu prinsip pada diri setiap pembaca iatu sentiasa menghormati keyakinan mereka.

Semoga Allah merahmati mereka.

Dipetik daripada salah satu perenggan,

Perlawanan antara Rousseau melawan Hobbes.
Bagi Hobbes,manusia ini dilahirkan jahat,suka bersaing,miskin,kasar dan pentingkan diri.Sangat pesimistik.Sedang Rousseau pula mengatakan manusia semula jadinya adalah baik dan bebas,dan negaralah mengekangnya.Tidak bagi Hobbes yang bermati-matian mempertahankan bahawa negaralah yang mengangkat manusia menjadi lebih baik.Disebabkan itu,kerajaanlah yang melahirkan manusia dan manusia haruslah berkhidmat untuk kerajaan.

#ulasanbuku5



API TAUHID(KANG ABIK)
*bacaan tertangguh

Kemungkaran berleluasa kerana orang baik memilih untuk berdiam diri.

Said Nursi mengambil langkah berani untuk mengislahkan Mustafa Pasha yang ketika itu berada di kemuncak kegilaan kuasa.Bahkan tindakannya mendahului para syukhuh pada zaman tersebut yang gerun dengan ancaman Mustafa dan lebih memilih untuk berdiam diri.

Beliau sanggup bermaustatin di Cizre(salah satu tempat di Turki)untuk memastikan Mustafa berada di landasan iman dan taqwa yanh sebenar.Cubaan demi cubaan dirancang oleh Mustafa untuk melenyapkan Said Nursi dari dunia tapi semuanya berjaya ditembusi.Sehinggakan Mustafa sendiri terperangkap dalam rancangannya dan terikat dengan sebuah perjanjian yang mengandungi dua syarat iatu berhenti meminum arak dan menyertai solat berjamaah.

Hati Mustafa semakin membusuk dan membarah.

Suatu hari telah berlaku perbalahan antara Mustafa dan Said Nursi.Anak kepada Mustafa yang melihat kejadian itu lantas cuba untuk meleraikannya dan berpesan kepada Said Nursi agar pulang ke tempat asalnya dan memberitahu bahawa penyakit ayahnya sudah tidak dapat tidak diubati lagi.Jika Said Nursi tetap menetap
di Cizre ia hanya akan memudaratkan dirinya sendiri.
                             
Tamadun hari ini berpijak atas tamadun beribu-ribu tahun yang lalu.Hari ini idea2 Badiuzzaman Said Nursi telah cuba diserap masuk dan diguna pakai di Turki sama ada oleh erbakan,erdogen mahupun fethullah gullen

Benarlah pepatah Qasim Al junaid,bahawa sejarah itu merupakan salah satu tentera Allah yang mampu menguatkan hati

»novel islamik yang kaya dengan bahasa puitis,pembaca pasti akan tenggelam dengan sausana yang digambarkan dengan bijak oleh ustaz habiburrahman.riwayat seorang tokoh terulung,said badiuzzaman annursi diolah kedalam kisah hidup seorang mahasiswa indonesia di Madinah bernama fahmi yang diakhiri dengan satu manifestasi yang luar biasa iatu "bagaimana kita memaknakan cinta?"

#ulasanbuku4
LA ADRI (ZAHIRUDDIN ZABIDI)
*penulis merupakan salah seorang panel INSIDE.


"Ilmu itu ada tiga bahagian:Kitab yang berbicara,Sunah yang berdiri tegak dan la adri(aku tidak tahu)"

Merupakan buku terbitan Dubook Press yang sinonim dengan buku2 radikal dalam kalangan anak muda yang inginkan idea2 kritikal.Tajuk yang 'cathy' dan mempunyai kompilasi artikel2 pendek yang membawa mesej berlainan.Kebanyakan artikel yang penulis cuba tuangkan adalah berkisar tentang tazkiyatun nafs(pembersihan jiwa),agenda mahasiswa,cinta,sirah,maqasid dan banyak lagi.

Penulis sering kali membawa pembaca untuk  berfikiran tajdid dan sensitif terhadap segenap norma masyarakat.tidak cukup dengan itu,cabaran dan harapan sering dilontarkan kepada pembaca agar menjadi insan yang mendokong agenda perubahan ke arah kebaikan.

Petikan artikel terakhir(la adri),
*paling menarik bagi ana

Ulama ada dua golongan,yang pertama ulama dunya(suuk) dan kedua ulama akhirah.yang pertama menggunakan agama utk habuan wang ringgit,pangkat,anugerah dan selalu mendampingi penguasa.mereka sanggup mengeluarkan fatwa demi mengeluarkan fatwa.yang kedua tidak tergesa gesa dalam mengeluarkan fatwa.mereka berdiri teguh dan sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa.
                                     ***
Jesteru,wajarlah kita sebagai orang islam megambil iktibar daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan harian kita.janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidak berilmu.setiap persoalan khususnya mengenai agama dan hukum hakamnya mesti dijawab dengan berhati hati agar tidak berlaku penambahan atau pengurangan dan jika tidak tahu maka jawab shaja,"La Adri"

#ulasanbuku3
#roadtocfsiium
#5daysmore


TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK(HAMKA)

"Jika seseorang mahu memiliki jiwa yang halus maka bacalah karya HAMKA"

-Dr. Maszlee Malik(PUBLIK15)-

TKVDW merupakan sebuah novel cinta telah ditampilkan oleh ulama nusantara yang mahsyur dari bumi Indonesia.Mengisahkan seorang pemuda terbuang yang bercita-cita menjadi petualang.Dia dinamai orang tuanya,Zainuddin.Hanya kerana perbezaan suku kedua orang tuanya dia terpaksa menanggung malu daripada orang ramai.
*ayahnya berasal dari Padang Panjang manakala ibunya dari Mengkasar

Dia dibesarkan base(ibu angkat) dan bertekad mahu merantau ke negeri bapanya.Di situlah dia belajar mengaji dan ilmu agama sehinggakan dikenali sebgai orang yang cerdas dan halus pekertinya.Di situ jugalah semuanya bermula apabila dia jatuh cinta pada anak mamak(ketua suku@kampung) yang bernama Hayati.Dipendekkan cerita dia telah diusir dengan alasan telah memalukan keluarga mamak tersebut(kerana berani menaruh perasaan dan berutusan surat dengan Hayati).

Dia memulakan hidup baru di tempat baru tetapi masih berutusan surat dengan Hayati.langit tidak selalu cerah.Hayati sudah banyak berubah dek terpengaruh rakan baiknya yang dibesarkan dengan budaya orang demokrat.bukan sekali Zainuddin cuba menegurnya tetapi sudah banyak kali tetapi satu surat pun tidak dibalasnya.Hayati mengambil keputusan mengahwini orang lain dan ingin melupakan Zainnuddin.zainuddin jatuh sakit dalam tempoh yang lama akibat berita tersebut namun beliau bangkit kerana memikirkan dirinya bukan terlalu murah utk ditewaskan oleh seorang perempuan.

Dia mencuba nasib dalam bidang penulisan dan akhirnya berjaya namun tetap belum berkahwin dengan siapa2.Dipendekkan lagi(haha),suami Hayati meninggal dan beliau diamanahkan utk menjaga Hayati.oleh kerana tidak dapat menahan sakit hati yang sudah lama disimpannya maka dia mengarahkan Hayati pulang ke kampung dengan menaiki sebuah kapal VDJ dan kapal tersebut tenggelam ketika dalam perjalanan yang menyebabkan ratusan yang terkorban termasuk Hayati.Zainuddin menyesal dan tidak lama selepas itu beliau jatuh sakit dan meninggal.

Ibrah
-jangan jadikan cinta pada makhluk sebagai matlamat utama dalam hidup
-kita harus melupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kebaikan orang pada kita.
-manfaatkan potensi diri utk mewarnai masa depan dengan bijak
-sentiasa kuat semangat dan tidak isti'jal dalam membuat segenap keputusan.

#ulasanbuku2
#sobahulkhair!


MENALAR MAKNA DIRI(HASRIZAL ABDUL JAMIL)

Mengandungi 40 bab dan 437 mukasurat,cukup menginspirasikan.buku yang bagus bagi siapa2 yg baru mahu menjinakkan diri dalam bacaan berat secara serius kerana mempunyai kekuatan dari segi pengisian yang menggabungkan elemen travelog dan ilmiah.
Langsung tidak membosankan.

Pengembaraan penulis yang lebih dikenali UHAJ berkelana ke turki dari satu tempat ke satu diiringi dengan kisah2 persaudaraan dan sosiabudaya disana cukup mengujakan.pencariannya tentang Imam Birgivi atau nama sebenarnya Muhammad bin Pir al-Birkawi telah mengajarkan beliau jauh lebih daripada teori sejarah.tokoh Ottoman Empire tersebut memaksa dirinya berfikir berkenaan pelbagai gejala yang melanda para politikus,agamawan dan intelektual yang semakin membarah di negara kita.lebih bermakna apabila beliau menceritakan tentang konflik diri sendiri yang sibuk dengan pelbagai undangan motivasi yg mengheret beliau ke dunia populis.sepatutnya perkara itu membahagiakan bagi tetapi bagi beliau semua itu menyerabutkan dan langsung tidak memberi kepuasan.

pada hemat beliau,berada di pentas bukan satu kepastian bahawa landskap masyarakat akan berubah.seperti candu tarbiyah,kencang bercakap dan berhujah tetapi hasilnya kosong di alam realiti. Beliau bertekad utk bertaubat dari gejala televangelist muslim yang hanya mampu memenuhkan poket sendiri.
Turut diselitkan pengalaman2 beliau sewaktu menentap di jordan dan findland,ada juga kisah2 mengenai pelajar2 di turki yang beliau taruhkan harapan besar utk dunia sejarah dan sains politik seperti ahmad ammar dan ramai lagi.Dicoretkan juga
tentang impian beliau utk membuka kafe buku yg diberi nama Mu'arrikhun setelah tamat pengajian PHD.

Kini penulis selesa memegang prinsip hidupnya,
"setia pada kebenaran" dalam memacu impian hidupnya.


#ulasanbuku1
#selamatbertarawih
#ramadankareem!!